KUALA LUMPUR - [Dikemaskini] Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar hari ini telah mengusulkan Rang Undang-Undang Ahli Persendirian iaitu Rang Undang-Undang Hasutan (Pemansuhan) 2013 bagi menggantikan Akta Hasutan 1948.
 
Beliau berbuat demikian kerana mendakwa, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak gagal melaksanakan janji untuk memansuhkan akta tersebut, setahun lalu.
 
"Langkah ini diharap dapat menamatkan era penyalahgunaan Akta Hasutan 1948 menerusi pemansuhannya sekaligus dapat melaksanakan reformasi tulen demi Malaysia yang lebih baik.

"Rang Undang-undang untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948 ini saya telah hantar ke pejabat Setiausaha Dewan Rakyat semalam," katanya pada sidang media, di bangunan Parlimen, hari ini.
 
Pada 11 Julai 2012, Najib mengumumkan kerajaan telah mengambil keputusan untuk menguatkuasakan secara serta-merta semua akta baru dan memansuhkan Akta Hasutan 1948 serta digantikan dengan suatu rang undang-undang yang dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional.

Mengulas perkara sama, Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR berkata, persepsi terhadap akta tersebut perlu diubah segera bagi memberi gambaran bahawa kerajaan bersungguh-sungguh ingin membuat pembaharuan.

"Mengapa pihak kerajaan belum menepati janji untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948?

"Setahun sudah berlalu, dengan hakikat bahawa tanpa Akta Hasutan, sudah wujud undang-undang, sedia ada yang mencukupi dalam menangani usaha-usaha untuk mendatangkan mudarat kepada masyarakat,” ujarnya Izzah.

 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - Keputusan jemaah Kabinet yang terburu-buru memberi kebenaran terhadap Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik (PDEA) dibentangkan di Parlimen menimbulkan keraguan oleh Pakatan Harapan.
  • SHAH ALAM - Kenyataan yang dikeluarkan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berhubung cadangan menggunakan 100 peratus tenaga pekerja asing dalam sektor pembuatan amat dikesali.
  • SHAH ALAM - Anak sulung bekas Ketua Pembangkang, Nurul Izzah Anwar menzahirkan rasa syukur rentetan keputusan saman fitnah dimenangi bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.
  • PERMATANG PAUH - Kerajaan Selangor harus mempamerkan keutamaan bagi menjaga kebajikan rakyat yang memberi mandat kepada PR sebelum ini untuk mentadbir Selangor selama dua penggal, berbanding isu politik semasa antara hubungan Pas dengan Pakatan Harapan.
  • PETALING JAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu buat kajian dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang mengatakan bahawa agenda reformasi telah terkubur.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.