SHAH ALAM - Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, pelaksanaan hukum hudud di negara ini, dasar yang dihasratkan oleh Pas selama ini, akan menjejaskan 1.2 juta peluang pekerjaan di sektor perkhidmatan dan pelancongan.

Bekas Menteri Kesihatan ini mengulangi pendirian parti itu dalam soal isu hudud dengan memetik satu SMS diterimanya kelmarin.

Menurut beliau, SMS itu yang diterima daripada seorang mendakwa MCA hanya bercakap mengetengahkan pendirian parti itu dalam soal pelaksanaan hukum hudud, tetapi tidak memperkatakan apa-apa tentang peluang pekerjaan yang bakal hilang.

“Pagi ini saya menerima SMS, saya cuma telefon orang yang menghantar SMS itu tetapi tidak menjawab panggilan... katanya 1.2 juta akan hilang kerja jika wujud tafsiran dan pelaksanaan ketat hukum hudud di negara ini.

“SMS ini berkata MCA bercakap mengenai hudud, tetapi tidak bercakap mengenai peluang pekerjaan disebabkan penguatkuasaan ketat hukum hudud di negara ini... angka yang diberikan mencecah 1.2 juta," kata beliau lagi menerusi satu klip video yang boleh diakses di laman sosial Facebooknya.

[REAKSI KETUA PEMUDA PAS, NASRUDIN HASSAN - Pemuda Pas: ‘Soi Lek liabiliti kepada BN’]

Soi Lek yang sebelum dengan melahirkan pendirian tidak bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud berkata pengenalan hukum hudud akan menjadi kenyataan jika Pas menjadi parti dominan dalam Pakatan Rakyat, sekiranya ia membentuk kerajaan di peringkat pusat.

“Angka yang ada pada tangan saya adalah sekitar 1.2 juta. Ini akan menjadi realiti, sebagaimana dijangkakan, Pas menjadi parti dominan,” kata beliau.

“Ini akan menjadi realiti jika Pas menjadi parti dominan jika Pakatan Rakyat memegang kuasa. Ia akan menjadi parti dominan Pakatan Rakyat,” katanya sambil merujuk kepada situasi di Kelantan.

Artikel Berkaitan
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.