SHAH ALAM - Pas masih boleh bersama dalam Pakatan Rakyat (PR) selagi parti komponen PR setia pada janji yang telah dibuat sebelum ini, kata Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa yang mendesak supaya Pas keluar dari pakatan pembangkang dan bergerak secara bersendirian bersandarkan kekuatannya jika ingin terus kekal relevan sebagai parti yang memperjuangkan Islam.

Menurut Nasharudin, walaupun Pas menjalin hubungan dengan DAP dan PKR berasaskan konsep tahaluf siyasi atau muafakat politik, pelanggaran beberapa syarat dalam ikatan itu jelas mengusik kesucian Islam.

“Itu pandangan dia (Nasharudin), orang lain ada pandangan lain, saya masih bersama PR.

“Alhamdulillah, hubungan Pas bersama parti kompenan PR masih baik,” katanya. 

Ketika ditanya adakah percanggahan pendapat antara Pas dan DAP sebelum ini tidak mengganggu hubungan kedua-dua parti itu di dalam PR, Harun berkata, isu itu hanya ditimbulkan individu sahaja, bukan antara parti.

“Setiap perkara yang timbul tidak mengganggu perjalanan kerja kami, semuanya masih baik,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan yakin konsep dan prinsip penyatuan merupakan elemen penting kepada kelangsungan survival politik Melayu dan Islam.
  • BALING - Pas menyifatkan Pas dan Umno bukannya 'keli dan sembilang' yang tidak boleh disatukan dalam mendaulatkan sebuah kerajaan Islam.
  • SHAH ALAM - Kepimpinan tertinggi Pas hari ini terus berdepan cabaran bukan hanya daripada luar tetapi juga dalam kalangan ahlinya sendiri.
  • BALING - Pas menyifatkan Amanah bukan lawan mereka dalam arena politik tanah air, tegas Naib Presidennya, Idris Ahmad.
  • KUALA LUMPUR - Pemuda Pas menafikan bahawa parti itu semakin 'membisu' dalam mendepani isu-isu melibatkan kepentingan rakyat.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.