SHAH ALAM - Pas mendesak kerajaan menarik semula keputusan penarikan elaun pelajar yang menyertai Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda (PPISMP) di Institut Pendidikan Guru (IPG).

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri berkata, sepatutnya elaun itu ditambah bukan ditarik.

"Tuntutan ini selari dengan peningkatan kos sara hidup pada masa sekarang ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Kementerian Pendidikan mengumumkan, pelajar baharu yang menyambung pengajian ke peringkat PISMP dengan tempoh pengajiannya selama empat tahun tidak lagi diberi elaun mulai ambilan Jun 2018.

[ARTIKEL BERKAITAN: Tiada lagi elaun IPG PISMP ambilan Jun 2018]

Namun begitu, yuran pengajian berjumlah RM27,831 ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan sepanjang tempoh pengajian selama empat tahun.

Sementara itu, Mohd Khairuddin turut menggesa kerajaan menyediakan peruntukan bagi membaik pulih, menaik taraf prasarana dan fasiliti serta program di IPG.

"Ini supaya latihan perguruan yang dijalankan dapat meningkatkan lagi kualiti guru pada masa hadapan," katanya lagi.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :