PUTRAJAYA - [VIDEO] Sekali lagi DAP menegaskan parti itu memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sekiranya pembangkang berjaya menawan Putrajaya pada PRU akan datang.

Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke berkata, Anwar akan dibebaskan selepas Jun 2018.

"Jadi jika Pakatan Harapan mendapat kuasa, keutamaan kami ialah supaya beliau diberi pengampunan, dan selepas itu sepatutnya boleh bertanding," katanya.

Bagaimanapun, Anthony mengakui perdana menteri sementara diperlukan untuk mengisi jawatan tersebut.

"Kami sudah ada calon," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - DAP bersetuju dengan cadangan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahukan pembangkang menampilkan calon perdana menteri dan Kabinet bayangan sebelum PRU14.
  • SHAH ALAM - DAP menangguhkan pemilihan pucuk pimpinan parti yang sepatutnya diadakan pada tahun ini bagi memberi tumpuan kepada persiapan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
  • SHAH ALAM - Pakatan Harapan perlu memperbaiki kesilapan yang dilakukan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak agar tidak berulang ketika persediaan menghadapi PRU14.
  • KUALA LUMPUR - DAP menetapkan syarat kepada TV3 agar menyiarkan secara langsung debat isu tanah Taman Manggis antara Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan, pada jam 9 malam, 19 April ini.