SERDANG - [VIDEO] Perwakilan Dewan Ulama Pas Kedah, Mohamad Fauzi Hussin menggesa kepimpinan Pas Pusat segera membersihkan parti itu daripada unsur pengkhianatan yang disifatkannya sebagai 'syaitan dalam jemaah'.

Beliau berkata kewujudan pengkhianat itu adalah mereka yang tidak memberi ketaatan atau wala' kepada kepimpinan parti yang hanya memecahbelahkan parti gerakan Islam itu.

"Dalam konteks kita berjemaah, jika dalam masjid ada syaitan, maka dalam jemaah ini (Pas) berapa banyak syaitan yang wujud.

"Tak sempurna Islam kalau kita tidak berada dalam jemaah, melainkan kita dalam jemaah, tidak ada jemaah jika tiada kepimpinan.

"Sebab itu wala' kepatuhan ketaatan dalam jemaah merupakan persoalan pokok," katanya ketika membahas ucapan dasar Pemangku Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Ahmad Yakob pada Multaqa Ulama Semalaysia II di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), di sini, hari ini.

Terdahulu, Menteri Besar Kelantan itu mendakwa perbuatan tidak taat kepada pimpinan tertinggi bermakna seseorang itu telah menempah dosa kerana telah melanggar baiah yang telah di ikat antara dirinya dan ALLAH SWT.

Katanya lagi perbuatan tidak taat kepada pemimpin juga disifatkan sebagai pengkhianatan kepada parti.

Bagaimanapun tegasnya, ketaatan itu bukan untuk memperbodohkan ahli bawahan dan mendewakan pimpinan Pas membuta-tuli.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KOTA BHARU - Jika benar mahu menumbangkan Pas, Datuk Husam Musa tidak perlu mencalonkan orang lain untuk bertanding di kerusi Dun Panchor, yang kini digalas Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
  • AMPANG - Seramai 547 ahli Umno dan Pas telah mengambil keputusan untuk meninggalkan parti tersebut dan menyertai Bersatu Bahagian Ampang.
  • KUALA TERENGGANU - Beberapa wakil rakyat khususnya dari BN dan Pas yang tidak sehaluan dengan parti masing-masing dijangka akan menyertai Pakatan Harapan menjelang PRU14.
  • SHAH ALAM - Pas menyifatkan wujud sesetengah pihak yang pada dasarnya sebagai musuh politik dan aliran pemikiran tetapi sanggup bersatu demi menyerang Islam dan umatnya.
  • KOTA BHARU - Pas secara sinis menjelaskan tindakan Adun Anak Bukit, Amiruddin Hamzah yang bertindak keluar parti dilihat lebih 'jantan' berbanding dengan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.