KOTA BHARU – Pas tidak menolak kemungkinan sedia menjalinkan kerjasama dengan PKR dan Bersatu sekiranya kedua-dua parti itu meninggalkan Pakatan Harapan.

Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, untuk bersama, PKR dan Bersatu perlu menghentikan kerjasama mereka dengan dua seteru utama Pas iaitu Amanah dan DAP.

"Kita membuka ruang pada semua kecuali DAP dan Amanah sahaja. Kita yakin tiga parti ini (Pas, PKR dan Bersatu) jika bergabung potensi untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) semakin cerah,”katanya kepada media di sini.

Beliau hadir Majlis Dialog dan Berbuka Puasa Pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan Bersama Pengamal Media di Hotel Grand River View di sini yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dan barisan Exco kerajaan negeri.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA TERENGGANU - Umno Terengganu berbesar hati untuk menjalinkan kerjasama dengan Pas terutama berkait dengan kepentingan agama dan orang Islam.
  • SHAH ALAM - Pas belum memecat Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar kerana parti itu mahu memberi fokus sepenuhnya terhadap PRU14.
  • SHAH ALAM - “Saya tidak mahu mengkhianati rakyat dengan menjadi calon parti (Pas) yang hanya mahu menang 40 kerusi dan tidak bersedia mengambil alih kuasa politik negara ini,” kata Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.
  • KUALA TERENGGANU - Pas wajar ambil tindakan segera mengadakan pertemuan dengan Umno bagi membentuk kerjasama antara kedua-dua parti demi kepentingan rakyat dan negara.
  • MARANG - Ketua Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi menyifatkan parti pembangkang tidak mendapat peluang yang adil dalam sistem demokrasi di negara ini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.