PETALING JAYA - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sah bertanding merebut jawatan presiden PKR  dalam pemilihan pucuk pimpinan parti itu kali ini.

Borang pencalonanya diserahkan oleh Timbalan Bendahari Agung PKR, Low Chee Chong sekitar jam 11 pagi tadi.

Pencadang Anwar untuk jawatan tersebut ialah bekas timbalan presiden, Dr Syed Husin Ali dan ia disokong oleh Chee Chong sendiri.

Namun begitu, Anwar berdepan dengan risiko pembatalan oleh Pendaftaran Pertubuhan jika beliau terpilih, ekoran sabitannya dalam kes liwat II.

Karpal Singh pula sebaliknya semalam mengumumkan melepaskan jawatan pengerusi DAP kebangsaan ekoran sabitannya dalam kes di bawah Akta Hasutan.

Anwar dan Karpal masing-masing telah memfailkan rayuan terhadap terhadap penghakiman dan sabitan ke atas mereka.

Mengikut Seksyen 9A (1) (b) Akta Pertubuhan 1966, seseorang tidak boleh menjadi atau kekal memegang jawatan dalam pertubuhan yang berdaftar jika telah disabitkan atas apa-apa kesalahan dan didenda tidak kurang daripada RM2,000 atau hukuman penjara selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun.

Anwar tidak hadir sewaktu borang pencalonannya diserahkan kerana berehat selepas pulang dari Kota Bharu, lewat malam tadi, kata Chee Chong.

Calon Timbalan Presiden PKR, Tian Chua ketika diminta mengulas berhubung risiko yang bakal didepani Anwar memaklumkan, rakan PKR lain akan terus mempertahankan presiden mereka itu.

"Kita akan hadapi, tetap pertahankan dia dan parti seperti peristiwa 1998.

"Ini kepimpinan secara kolektif bukan individu. Sekiranya Anwar di dalam kami di luar akan terus berjuang," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - ‘Semua itu hanya khabar angin,’ kata Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei kepada Sinar Harian, semalam.
  • ALOR SETAR - Parti yang bakal menerajui Kedah sekiranya Pakatan Harapan memenangi PRU14 masih menjadi teka-teki, meskipun Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir merupakan Pengerusi Pakatan Harapan Kedah.
  • SHAH ALAM - PKR meminta ruang untuk membincangkan dan mewujudkan konsensus berhubung isu pemilihan perdana menteri sekiranya Pakatan Harapan memperoleh kemenangan dalam PRU14.
  • SHAH ALAM - PKR sentiasa terbuka untuk menerima mana-mana individu yang ingin menyertai parti tersebut.
  • PETALING JAYA - "Saya isytiharkan bahawa saya bersama sahabat saya mengambil keputusan untuk bersama PKR," kata bekas Ketua Wira Perkasa Malaysia, Irwan Fahmi Ideris.