KUALA TERENGGANU - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Besi Roslee Daud menarik balik surat keluar daripada Umno dan kembali menjadi wakil rakyat Barisan Nasional (BN).
    
Perkara itu disahkan Exco Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Mohd Jidin Shafee.
 
Mohd Jidin, yang juga Adun Permaisuri, berkata Roslee telah menarik kembali keputusan beliau untuk keluar daripada Umno dan menjadi wakil rakyat Bebas selepas dinasihati rakan-rakan seperjuangan beliau.
    
"Kenapa beliau membuat keputusan tersebut awal pagi tadi tak perlu kita sebut lagi. Tetapi, yang penting kita dalam parti perlu bersatu padu," katanya ketika dihubungi Bernama.
    
Mohd Jidin berharap situasi politik yang berlaku di negeri itu dapat ditangani dengan baik.
   
Sebelum ini, Roslee mengisytiharkan bahawa beliau telah keluar daripada Umno dan menjadi wakil rakyat Bebas selepas bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said, yang juga Adun Kijal, dan Adun Ajil Ghazali Taib berbuat demikian.
    
Mereka bertindak demikian selepas Adun Seberang Takir Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu yang baharu di hadapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah malam semalam bagi menggantikan Ahmad yang meletak jawatan sebagai menteri besar.
    
Dengan perkembangan terbaharu itu, BN kini memegang 16 kerusi Dun termasuk satu kerusi Speaker manakala Pas (14), PKR (1) dan Bebas (2). - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - Sebuah badan pemikir, Kajian Politik Untuk Perubahan (KPRU) menjangkakan Umno bakal kehilangan undi kaum Melayu pada pilihan raya umum akan datang, susulan perselisihan faham di antara pemimpinnya dengan bekas pemimpinnya.
  • BAGAN SERAI - Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengingatkan ahli parti supaya tidak menjadi seperti botol air mineral yang dibuang selepas ia kosong.
  • KEPALA BATAS - Sambutan luar biasa diberikan masyarakat Kepala Batas dalam program Jelajah Semarak, di sini memberikan isyarat jelas kepada Umno supaya berjaga-jaga pada PRU14.
  • KOTA BHARU - Semua peringkat Pemuda Umno diminta memberi tumpuan kepada persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 dengan bekerja keras bagi membantu kemenangan BN.
  • KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini meminta pihak yang berkenaan berhenti mempertikaikan penglibatan Umno dalam program sambutan kemerdekaan negara ini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.