RANTAU PANJANG - Usaha sebuah ejen umrah membantu seorang jemaah yang sesat di Makkah berjaya menemukan ejennya, sebentar tadi.

Perkongsian mengenai kisah warga emas, Kalthum Yakob dalam akaun Facebook Mutawwif.com dikongsi lebih 1,800 pelayar selepas 10 jam disiarkan.

Kalthum yang berasal dari Rantau Panjang dikatakan sesat sejak solat Zohor waktu Makkah semalam, ditemui di hadapan sebuah hotel.

Warga emas ini juga tidak dapat mengingati nama syarikat pengurusan umrah dan nama hotel penginapannya.

Usaha membantunya semakin rumit kerana maklumat diri dari tag nama, kad pengenalan dan pasport gagal ditemui.

Disamping itu, tidak dapat dipastikan sama ada Kalthum  memiliki telefon bimbit atau tidak membawanya bersama beg silang.

Pihak Mutawwif.com turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang berusaha membantu.