ALOR SETAR - Kerajaan masih boleh mengekalkan subsidi minyak petrol/diesel jika mengamalkan pengurusan kewangan berhemah, dan tidak perlu mansuhkan subsidi itu walaupun dirujuk kepada harga minyak dunia.

Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, sepatutnya ada kaedah yang membolehkan subsidi minyak dikekalkan demi kesejahteraan rakyat, tanpa perlu melakukan mekanisme harga minyak mingguan.

“Sepatutnya subsidi minyak kekal sejak dahulu kerana ia libatkan semua lapisan rakyat, perubahan harga mingguan atau bulanan memberi kesan kepadapengguna,” katanya.

Beliau juga bimbang jika kerajaan mempunyai agenda tersirat dalam pelaksanaan mekanisme penetapan harga mingguan, kerana harga minyak dalam negara masih naik walaupun harga pasaran dunia menurun.

“Saya kecewa kerana berdasarkan logik akal, jika harga pasaran dunia menurun, bermakna harga dalam negara juga turun. Apabila kerajaan mansuhkan subsidi minyak kononnya kerana harga minyak dunia cecah AS$100 setong sebelum ini, terbaru sekitar AS$60 pertong, harga minyak dalam negara tetap naik,” katanya.

Ini katanya, membuktikan alasan yang diberikan sebelum ini tidak relevan.

“Saya bimbang jika ini antara taktik kerajaan mahu kutip dana dari rakyat untuk tampung lompang yang diwujudkan oleh kes tertentu seperti 1MDB,” katanya.

Mukhriz yang juga Adun Ayer Hitam turut mempersoal keberkesanan mekanisme penetapan harga mingguan yang didakwa tidak berjaya membantu mengawal harga runcit minyak.

Menurutnya, pada awal pelaksanaannyasudah menampakkan keraguan, namun rakyat mungkinbelum faham mekanisme itu yang diperkenalkan pada 29 Mac lalu.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :