WASHINGTON, D.C - AMERIKA SYARIKAT. Walaupun pelbagai tarikh telah dikaitkan dengannya, Datuk Seri Najib Tun Razak masih enggan memberi sebarang petunjuk bila pilihan raya ke-14 akan diadakan.

Bila ditanya oleh seorang wartawan mengenainya pada akhir lawatan kerja tiga hari perdana menteri di sini Rabu, perdana menteri hanya ketawa dan berkata "Tunggu dululah."

"Kamu hendak saya umumkan sesuatu di Washington D.C.? Kamu bergurau ya,"  katanya.

Mengenai sama ada beliau menganggap ini masa yang sesuai memandangkan semua perkara sedang memihak kepadanya. Najib menjawab: "Betul kah, kamu fikir begitu?"”

"Datuk (Seri) ada masa kurang setahun sahaja lagi,” kata wartawan itu.

"Setahun masa yang panjang (dalam politik),” jawab Najib yang melawat Amerika Syarikat atas jemputan Presiden Donald Trump. Kedua-dua pemimpin mengadakan perbincangan di Rumah Putih pada Selasa.

Mandat parti pemerintah Barisan Nasional yang dipimpin Najib akan berakhir pada Jun 2018. – Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.