BERIKUTAN pengumuman penurunan harga beberapa jenama dan model kereta, netizen menyarankan perkara sama dilakukan kepada kereta mampu milik lain.

Beberapa jenama kereta termasuk dari keluaran luar negara mencatatkan penurunan harga sehingga RM3,000 selepas pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Selain, lima jenis kereta tersebut, netizen mencadangkan perkara yang sama dilakukan dengan kereta jenama lain yang mampu milik terutama bagi keperluan mereka baharu sahaja bekerja.   

Sudah tentu, pengumuman tersebut adalah khabar gembira buat mereka dan mengharapkan ia akan dilaksanakan dalam tempoh yang agak panjang, kerana meskipun harga sudah turun,  tetapi syarat-syarat lain masih berkuat kuasa.

Termasuk 10 peratus harga kereta yang perlu dikumpulkan manakala yang lain mereka boleh membuat pinjaman.

Netizen menyifatkan, meskipun kenderaan tersebut tidak dibeli setiap hari, tetapi mungkin ada insan yang tidak mampu beli kereta sebelum ini, setelah SST, impian mereka dapat dilaksanakan.

Dengan pengumuman tersebut, ada kalangan netizen mengharapkan beberapa keperluan lain juga akan mengalami penurunan, termasuk harga rumah yang menjadi isu utama rakyat.

Selain itu, ada kalangan netizen juga meminta rakyat positif dan berfikiran terbuka menerima pengumuman itu, kerana ada pelbagai lagi berita gembira akan dinikmati sekiranya memberi keyakinan kepada kerajaan baharu ini.

Sebelum ini, beberapa jenama kereta termasuk dari keluaran luar negara mencatatkan penurunan harga sehingga RM3,000 selepas pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ketika mengumumkan perkara itu berkata, lima jenama kenderaan tersebut terdiri daripada model Perodua, Honda, Toyota, BMW dan Volkswagen.

"Saya telah memperoleh maklumat bahawa ada beberapa jenis kereta yang harganya jika dibandingkan dengan (ketika dilaksanakan) cukai barang dan perkhidmatan (GST) adalah lebih rendah.

“Ini kerana kita tidak kutip begitu banyak berbanding GST, harga barangan boleh lebih kurang dan ia juga dilaksanakan oleh kerajaan bagi menjamin kesejahteraan rakyat," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: SST: Lima jenama kereta turun harga]