Auta

SATU mesej tersebar melalui laman sosial dan aplikasi sembang WhatApps yang mengatakan bulan akan membuat tawaf (mengelilingi) Kaabah, iaitu kejadian yang hanya terjadi sekali dalam 100,000 tahun.

Mesej itu juga mengatakan,kejadian itu dijangka berlaku pada jam 3.25 pagi dan ia merupakan waktu paling mustajab untuk berdoa.

Bagi umat Islam di Malaysia pula, kejadian itu dikatakan akan bermula pada jam 8.25 pagi iaitu pada waktu Duha.

Namun tiada sebarang tarikh diberikan.

Mesej itu juga menyebut fenomena itu telah disahkan oleh penceramah terkenal antarabangsa, Mufti Ismail Menk melalui rakaman videonya di YouTube.

HASIL carian Sinar Harian mendapati, mesej tersebut pernah tersebar awal Disember tahun lalu.

Malah, Mufti Ismail Menk, melalui kenyataan di Facebooknya telah menafikan perkara itu dan mengesahkan beliau tiada kaitan dengan mesej yang tersebar.

Beliau turut mengingatkan orang ramai akan tidak mudah terpedaya dengan mesej seperti itu.

“Pernahkah anda menerima mesej mengenai bulan akan lakukan tawaf sekitar Kaabah? Semua itu palsu. Jangan terpedaya dengan mesej tersebut. Saya tampil beri penjelasan kerana nama saya turut disebut dalam mesej tersebut. Ia jelas, mesej itu bukan dari saya,” katanya yang dipetik daripada status Facebooknya.


Fakta

HASIL carian Sinar Harian mendapati, mesej tersebut pernah tersebar awal Disember tahun lalu.

Malah, Mufti Ismail Menk, melalui kenyataan di Facebooknya telah menafikan perkara itu dan mengesahkan beliau tiada kaitan dengan mesej yang tersebar.

Beliau turut mengingatkan orang ramai akan tidak mudah terpedaya dengan mesej seperti itu.

“Pernahkah anda menerima mesej mengenai bulan akan lakukan tawaf sekitar Kaabah? Semua itu palsu. Jangan terpedaya dengan mesej tersebut. Saya tampil beri penjelasan kerana nama saya turut disebut dalam mesej tersebut. Ia jelas, mesej itu
bukan dari saya,” katanya yang dipetik daripada status Facebooknya.