PETALING JAYA - Sebanyak RM4,524 hasil kutipan daripada jemaah Masjid Al-Muhahideen, Damansara Utama berjaya dikumpulkan untuk tabung #SINAR4ROHINGYA.

Hasil kutipan itu kemudiannya diserahkan kepada Pegawai Tugas-tugas Khas Kumpulan Media Karangkraf, Hashim Anang.

Usaha untuk mengumpulkan dana bagi tabung SINAR4ROHINGYA ini akan dilakukan secara berterusan di mana-mana program kelolaan Kumpulan Media Karangkraf.

Minggu lepas, Persatuan Tadika Islam Malaysia (Pertim) menyuarakan berhasrat mengumpul dana sehingga RM50,000 dalam tempoh sebulan, melalui jualan patung beruang bagi menyumbang kepada tabung SINAR4ROHINGYA.

[ARTIKEL BERKAITAN: Sumbang dana SINAR4ROHINGYA dengan beli beruang Teddy]

Penubuhan tabung ini bertujuan memberi bantuan daripada segi pendidikan, perubatan, makanan dan pemulihan kaum Rohingya di negara ini dan juga di Myanmar.

Sumbangan boleh disalurkan kepada akaun Maybank ‘Sinar Karangkraf Sdn Bhd’ (tabung SINAR4ROHINGYA - Solidarity for Humanity) di akaun 503033634355.

 

 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :