• Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Budget 2013 di Bangunan Parlimen, baru-baru ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Budget 2013 di Bangunan Parlimen, baru-baru ini
1 /

[DIKEMAS KINI] BERIKUT inti pati Belanjawan 2013 yang bertemakan Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat : Sebuah Janji Ditepati, yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen hari ini:

 

PERTUMBUHAN EKONOMI
* Pertumbuhan ekonomi diunjur berkembang kukuh pada kadar 4.5 peratus hingga 5.5 peratus.

* KDNK nominal dijangka melepasi paras RM1.0 trilion.

* Peruntukan RM251.6 bilion bagi program dan projek pembangunan, dengan fokus terhadap kesejahteraan rakyat.

* Kutipan hasil Kerajaan Persekutuan 2013 dianggarkan meningkat kepada RM208.6 bilion.

 

BISNES DAN PELABURAN SWASTA

* Pelaburan swasta dijangka meningkat kepada RM148.4 bilion.

* RM3.0 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan projek permulaan (EPP) bagi tahun 2013.

* Penyediaan Dana Strategik Pelaburan Domestik berjumlah RM1.0 bilion di bawah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia untuk aktiviti penyumberan luar dan pemerolehan teknologi oleh syarikat tempatan.

* Penyediaan dana sebanyak RM1.0 bilion di bawah Skim Pembangunan PKS bawah kendalian SME Bank.

* SME Bank dengan kerjasama Bank Pembangunan Islam akan menyediakan Dana Industri Halal sebanyak RM200 juta untuk membiayai modal kerja PKS terlibat.

* Skim perlindungan insurans berkelompok kepada penjaja dan peniaga kecil berdaftar dengan had maksimum RM5,000 dengan peruntukan RM16 juta setahun.

* Perbadanan Nasional Bhd menyedia kemudahan pinjaman hingga RM25,000 bagi pemegang lesen dan RM500,000 bagi penyedia lesen menerusi program Transformasi Perniagaan.

* Elaun Cukai Pelaburan 100 peratus untuk 10 tahun bagi aktiviti penapisan produk petroleum kepada yang layak.

* Program Insentif Global bagi Perdagangan (GIFT) ditambah baik dengan pengecualian cukai pendapatan 100 peratus ke atas pendapatan berkanun bagi tempoh tiga tahun pertama operasi.

* Perbelanjaan menerbitkan AgroSukuk diberi potongan cukai dua kali bagi tempoh empat tahun mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.

* DanaInfra Nasional Bhd akan terbitkan bon runcit bernilai RM300 juta akhir tahun 2012 untuk biayai pembangunan MRT.   

* Perbelanjaan tambahan menerbitkan bon dan sukuk runcit akan diberi potongan cukai dua kali mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.

* Pelabur individu diberi pengecualian duti setem ke atas surat cara yang terlibat dalam urus niaga bon dan sukuk runcit.

* Suruhanjaya Sekuriti perkenal inisiatif Graduate Representative Program dengan sektor swasta bagi melatih 1,000 graduan.

* Peruntukan modal Danajamin ditambah sebanyak RM400 juta dalam tempoh dua tahun. Suntikan ini dapat melipatgandakan nilai terbitan antara RM4.0 bilion hingga RM6.0 bilion.

* RM100 juta disediakan kepada Yayasan Pasaran Modal melalui Tabung Pembangunan Pasaran Modal di bawah kawal selia Suruhanjaya Sekuriti.

* Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 10 tahun kepada syarikat berstatus Tun Razak Exchange,  pengecualian duti setem berstatus TRX Marquee dan pengecualian cukai bagi pemaju hartanah.

* Yayasan Wakaf Malaysia, di bawah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji diberi tanggungjawab untuk merangka pelan induk Wakaf Korporat dengan mengambil kira struktur perundangan Agama Islam Negeri.
 

 

PENYERTAAN BUMIPUTERA

* RM9.0 bilion atau 43 peratus daripada nilai kos infrastruktur projek MRT diperuntukkan kepada syarikat Bumiputera.

* Dana Pembiayaan Bumiputera berjumlah RM1.0 bilion akan disediakan oleh SME Bank untuk membantu PKS membiayai pengambilalihan anak syarikat milik GLC yang menjalankan aktiviti bukan teras dan telah dikenal pasti untuk dijual

* Skim Jaminan Modal Kerja akan dilanjutkan sehingga Disember 2013, dan diperluaskan kepada syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi serta kelayakan manakala dana pemegang saham syarikat ditingkatkan kepada RM20 juta.

* Pembiayaan TEKUN bagi usahawan kecil dan sederharna diberi peruntukkan RM350 juta termasuk RM50 juta bagi Skim Usahawan Masyarakat India.

* Skim Dana Pembiayaan Harta Intelek berjumlah RM200 juta akan ditawarkan oleh Malaysia Debt Ventures dengan kerajaan memberi subsidi kadar faedah sebanyak dua peratus dan jaminan 50 peratus melalui Credit Guarantee Corporation bagi membolehkan PKS menggunakan harta intelek sebagai nilai komersial dan instrumen untuk mendapatkan pembiayaan.

* Peruntukan sebanyak RM19 juta bagi program latihan penilai harta intelek tempatan kendalian Perbadanan Harta Intelek serta mewujudkan platform pasaran harta intelek.

* Syarikat yang melabur dalam syarikat subsidiari yang menjalankan aktiviti mengkomersialkan penemuan R&D diberi potongan cukai bersamaan dengan jumlah pelaburan.

* Syarikat subsidiari yang menjalankan aktiviti mengkomersialkan penemuan R&D diberi pengecualian cukai pendapatan sebanyak 100 peratus ke atas pendapatan berkanun untuk tempoh 10 tahun.

* Potongan cukai bersamaan dengan jumlah pelaburan oleh pelabur pemangkin dalam syarikat teroka dibenarkan ditolak daripada semua jenis pendapatannya.

* Dana Skim Pembiayaan Teknologi Hijau akan ditambah sebanyak RM2.0 bilion lagi dan tempoh permohonan skim ini dilanjutkan sehingga 31 Disember 2015

* Kerajaan akan memastikan hutang Kerajaan Persekutuan tidak melebihi paras 55 peratus kepada KDNK dan defisit fiskal terus berkurangan kepada tiga peratus menjelang 2015
* Sistem  percukaian negara akan diperkukuhkan dengan sistem cukai yang menyeluruh dan saksama

* Perolehan kerajaan dan pembelian adalah berdasarkan prinsip "nilai untuk wang"  

 

KESEJAHTERAAN RAKYAT

* Peruntukkan RM6 bilion bagi melaksanakan pelbagai projek dan program untuk memastikan kesejahteraan rakyat dan memacu pertumbuhan ekonomi. Antara projek yang dikenal pasti termasuk membaik pulih dan menyelenggara sekolah, klinik kesihatan, projek perumahan, projek tangki air, rancangan tebatan banjir dan penyediaan kemudahan sukan

* Peruntukkan RM1.9 bilion bagi membina 123,000 unit rumah pada harga berpatutan di kawasan strategik, dan akan dilaksanakan oleh PR1MA, Syarikat Perumahan Nasional Bhd dan Jabatan Perumahan Negara

* Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) ke atas keuntungan pelupusan hartanah yang dibuat dalam tempoh tidak melebihi dua tahun mulai tarikh perolehan dikenakan pada kadar 15 peratus, bagi tempoh pegangan melebihi dua hingga lima tahun dikenakan pada kadar 10 peratus dan bagi tempoh pegangan melebihi lima tahun tidak dikenakan CKHT

* Peruntukan RM100 juta kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang dijangka dapat memulihkan 30 projek rumah terbengkalai

* Insentif cukai pemulihan rumah terbengkalai untuk menggalakkan penyertaan sektor swasta

* Kadar cukai pendapatan diturunkan satu mata peratusan bagi setiap kumpulan pendapatan bercukai tahunan melebihi RM2,500 sehingga RM50,000.

* Kadar cukai pendapatan koperasi dikurangkan antara satu dan tujuh mata peratusan bagi semua kumpulan pendapatan bercukai.

* Felda akan membangunkan 20,000 projek perumahan dalam kawasan Felda, membaiki rumah-rumah kampung tradisi, program latihan dan latihan kemahiran.

* Yayasan 1MDB akan menyediakan RM300 juta bagi pemberian geran pendidikan, bantuan kewangan, pembinaan rumah untuk pelajar prasekolah di kawasan pedalaman Sarawak, Klinik Bergerak 1Malaysia dan program membaiki rumah bagi golongan miskin dan daif.

* Syarikat GLIC dan GLC akan memperuntukkan RM500 juta untuk menjalankan aktiviti tanggungjawab sosial korporat dalam bidang pembangunan komuniti, biasiswa, pendidikan, sukan dan alam sekitar.

* RM1.2 bilion diperuntukkan untuk program Kebajikan Rakyat 1Malaysia KAR1SMA) yang meliputi program bantuan warga emas, bantuan kanak-kanak, elaun pekerja Orang Kurang Upaya serta bantuan penyakit kronik.

* RM400 juta diperuntukkan untuk program Akhiri Zaman Miskin (1AZAM) yang dijangka memanfaatkan 58,330 peserta.

* Menambah enam pusat Anjung Singgah dan mewujudkan lima Anjung Kasih di Hospital Sibu, Miri, Temerloh, Seremban dan Ipoh.

* RM738 juta diperuntukkan bagi pembangunan belia dan sukan. RM15 juta diperuntukkan bagi mempersiapkan para atlet ke kejohanan sukan antarabangsa, RM50 juta lagi untuk tempoh empat tahun khusus untuk persiapan Sukan Olimpik Rio 2016.
 

BELIA

* Tahun 2013 diisytiharkan sebagai Tahun Kesukarelawan Nasional

* RM50 juta diperuntukkan bagi mewujudkan "New Entrepreneur Foundation" untuk membantu usahawan muda dalam bidang ICT dan RM50 juta lagi untuk mewujudkan "Young Entrepreneur Fund"

* Memberi rebat RM200 secara "one-off" bagi pembelian satu unit telefon pintar 3G untuk belia berumur 21 hingga 30 tahun

*RM6 juta diperuntukkan sebagi bantuan pentadbiran dan kegiatan kepada semua persatuan seni yang berdaftar

 

SOSIAL

* Pengusaha bas sekolah yang membeli bas baru untuk mengantikan bas yang berusia lebih 25 tahun akan diberi rebat tunai RM10,000 dan subsidi kadar faedah
dua peratus ke atas pinjaman

* Skim perlindungan insurans kemalangan diri, hilang upaya kekal dan kematian kepada murid sekolah yang menggunakan perkhidmatan bas sekolah berpermit dengan had maksimum perlindungan RM100,000

 

PELAJAR DAN PERSEKOLAHAN

* RM2.6 bilion diperuntukkan bagi program kebajikan pelajar sekolah daripada keluarga berpendapatan rendah merangkumi bantuan makanan asrama, Rancangan Makanan Tambahan, pembelian buku teks dan bantuan bayaran tambahan persekolahan

* Program bantuan persekolahan RM100 kepada pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah diteruskan mulai Jan 2013 dengan peruntukan RM540 juta * Meneruskan program Baucar Buku 1Malaysia kepada pelajar institusi pengajian tinggi dan pra-universiti dan nilai baucar dinaikkan daripada RM200 kepada RM250

* Pelepasan cukai bagi Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM6,000

* Diskaun 20 peratus bagi peminjam yang menyelesaikan sekali gus pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), manakala peminjam yang membayar pinjaman secara konsisten akan menikmati diskaun 10 peratus setahun

* 100 Pusat Internet 1Malaysia akan diwujudkan di kawasan perumahan rakyat bagi tempoh 2013 hingga 2015 dengan peruntukan RM150 juta

 

SEKTOR AWAM DAN PENDAPATAN ISI RUMAH:

* Tambahan bonus sebulan gaji bagi penjawat awam yang mana bayaran setengah bulan akan dibuat pada Dis 2012, manakala setengah bulan lagi pada Jan 2013 dan bayaran RM500 kepada pesara kerajaan

* RM1.9 bilion diperuntukkan bagi membina 123,000 unit rumah dengan harga berpatutan di kawasan-kawasan strategik merangkumi rumah yang dilaksanakan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad, Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dan Jabatan Perumahan Negara

* Had pendapatan peminjam perseorangan bagi Skim Rumah Pertamaku dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM5,000 sebulan, manakala had pendapatan bersama suami isteri RM10,000

* Melaksanakan pemberian pusingan kedua Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Ia juga diperluaskan kepada individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan

* Pengurangan subsidi gula 20 sen sekilogram mulai 29 Sept 2012 dan memperuntukkan RM1.5 bilion bagi menstabilkan harga minyak masak di pasaran

* RM386 juta diperuntukkan bagi membuka 57 Kedai Rakyat 1Malaysia dan menanggung kos pengangkutan produk dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan

* Diskaun 50 peratus ke atas tambang penumpang feri dari Labuan ke Sabah dan Sarawak serta diskaun 50 peratus ke atas tambang feri bagi kenderaan komersial mengangkut barang keperluan dan binaan ke Labuan

 

HAJI:

* Pencarum KWSP dibenarkan membuat pengeluaran di Akaun 2 bagi jemaah muassasah untuk menampung kekurangan kos tambang dengan had pengeluaran RM3,000

 

CUKAI PENDAPATAN

* Kadar cukai pendapatan individu diturunkan satu peratus bagi kumpulan berpendapatan bercukai tahunan melebihi RM2,500 hingga RM50,000

* Tahun 2013 diisytiharkan sebagai Tahun Kesukarelawan Nasional

* RM6 juta diperuntukkan sebagi bantuan pentadbiran dan kegiatan kepada semua persatuan seni yang berdaftar.

* Kerajaan akan menubuhkan "National Strategic Coordination Unit" untuk merancang dan menyelaras Program Transformasi Bandar dan Program Transformasi Luar Bandar

* Pusat Transformasi Bandar (UTC) akan diwujudkan di Alor Setar, Kuantan, Ipoh, Johor Bahru, Kota Kinabalu dan Kuching, manakala lima RTC diwujudkan di Melaka, Johor, Pahang, Sabah dan Sarawak

* RM4.5 bilion diperuntukkan bagi mengurangkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar meliputi pembinaan 441 kilometer jalan luar bandar dan jalan perhubungan desa, projek infrastruktur utiliti, Program Desa Lestari, program pembangunan ekonomi masyarakat Orang Asli serta membekalkan 40,000 tangki air di kawasan pedalam Sabah dan Sarawak * RM19.3 bilion diperuntukkan bagi perkhidmatan dan pembangunan kesihatan RM20 juta untuk membuka tambahan 70 Klinik 1Malaysia, yang akan turut  menyediakan perkhidmatan ujian kolestrol dan glukosa serta ujian air kencing

* RM50 juta diperuntukkan untuk program pembangunan wanita dan masyarakat termasuk melatih 500 wanita di bawah Program Pengarah Wanita, meningkatkan Program Inkubator Keusahawan Ibu Tunggal, pemberian geran RM1,000 untuk "Program Get Malaysian Business Online" dan pemeriksaan percuma ujian Mamogram