KUALA LUMPUR- Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kini dilihat semakin ghairah menyindir kerajaan PH di media sosial.

Terbaharu beliau memuat naik hasil undian netizen berhubung tahap penerimaan mereka terhadap belanjawan 2019.

Undian yang dibuat oleh akhbar The Star menerusi talian itu menunjukan seramai 79 peratus pengundi menyatakan rasa tidak puas hati terhadap belanjawan berkenaan.

Menyindir hasil undian berkenaan, Najib mempersoalkan kenapa begitu ramai netizen yang tidak berpuas hati terhadap belanjawan itu.

"79 peratus tak puas hati? Selepas belanjawaan 2019 diumumkan, kumpulan media The Star telah membuat satu 'poll' yang berlangsung selama 5 hari.

"Poll sudah tutup selepas hampir 33 ribu orang mengundi dengan keputusan 79 peratus dari pengundi tidak puas hati.Satu keputusan yang menakjubkan. Mengapa?," kongsi beliau di Facebooknya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Belanjawan 2019 rangkumi setiap sektor]

Pembentangan Belanjawan 2019, lalu bagaimanapun disifatkan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai belanjawan yang secara terperinci merangkumi setiap sektor, tanpa melangkaui kemampuan kewangan negara.

Beliau berkata belanjawan itu mengambil kira antaranya peruntukan untuk wanita, generasi muda, masjid dan bangunan agama lain, hak Bumiputera serta hak Sabah dan Sarawak.