KUALA LUMPUR - Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi 2017 secara baucar akan dibuat mulai esok (18 Februari).

Menurut kenyataan Seksyen Komunikasi Korporat, Bahagian Strategi Korporat dan Komunikasi Kementerian Kewangan, pembayaran secara terus ke akaun bank akan dibuat pada 22 Februari ini.

Bagi penerima BR1M yang tidak memberi maklumat berkaitan akaun bank, baucar BR1M akan dihantar secara pos ke alamat kediaman dan baucar BR1M itu boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Menurut kenyataan itu orang ramai yang ingin bertanya atau membuat semakan berkaitan BR1M boleh menghubungi talian hotline BR1M di talian 1-800-88-2716.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi laman blognya, www.najibrazak.com berkata sebanyak 5,153,238 permohonan BR1M telah diluluskan kerajaan setakat ini.  

Perdana Menteri berkata sebanyak 3,123,950 permohonan lagi masih dalam peringkat pemprosesan dan keputusan dijangka diumumkan bulan depan.

Menurut Najib sebanyak 2,782,799 pemohon akan menerima bantuan RM1,200 manakala 243,434 bagi bantuan RM900 dan selebihnya 2,127,005 layak untuk bantuan RM450.

BR1M, bantuan yang diperkenalkan pada 2012 adalah antara mekanisme utama  enyampaian bantuan subsidi bersasar yang diguna pakai bagi menggantikan sistem subsidi pukal sebelum ini yang kurang berkesan dan mengalami banyak ketirisan.

Bagi BR1M tahun ini, bantuan yang diperkenalkan pada 2012 itu akan dibayar secara berperingkat sebanyak tiga kali pada Februari, Jun dan Ogos. –Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PUTRAJAYA - Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) peringkat ketiga, yang juga pembayaran terakhir BR1M 2017, akan dibuat mulai esok (16 Ogos) bersempena sambutan Aidiladha yang dijangka pada 1 September ini.
  • MARAN - Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) disaran mencarum insurans sebagai melindungi diri serta jaminan jika ditimpa kemalangan.
  • KOTA MARUDU - BR1M atau Bantuan Rakyat 1Malaysia adalah pakej bantuan paling kreatif pernah dicipta bagi membantu keluarga berpendapatan rendah di negara ini.
  • KUALA LUMPUR - Satu tinjauan seluruh negara oleh sebuah syarikat penyelidikan baru-baru ini mendapati majoriti warga Malaysia menghargai usaha kerajaan menyediakan subsidi menerusi BR1M 2017 dan tidak menganggap ia satu bentuk rasuah seperti yang didakwa pihak tertentu.
  • ALOR SETAR - Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di Kedah yang gagal menerima bantuan itu pada kali ini disebabkan pernah mendaftar perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) diharap tidak panik.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.