Anwar doakan kesembuhan Tun M

Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi hantaran di platform X pada Selasa mendoakan kesembuhan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini sedang menerima rawatan di IJN.
Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi hantaran di platform X pada Selasa mendoakan kesembuhan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini sedang menerima rawatan di IJN.
A
A
A

PUTRAJAYA - Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan kesembuhan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Menerusi hantaran di platform X pada Selasa, Perdana Menteri yang kini berada di Turkiye berkongsi ciapan berkenaan terhadap situasi kesihatan Dr Mahathir.

"Saya dan Azizah (Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail) mendoakan keafiatan dan kesembuhan segera buat Tun, Insya-ALLAH," katanya.

Dr Mahathir, 100, dimasukkan ke IJN selepas dilaporkan terjatuh di rumahnya jam 9.30 pagi bagi pemantauan secara keseluruhan.

Perkara tersebut disahkan oleh Setiausaha Akhbar bekas Perdana Menteri itu, Sufi Yusoff.

Difahamkan satu kenyataan akhbar berkaitan akan dikeluarkan oleh pejabat Dr Mahathir dalam masa terdekat.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan kesembuhan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang sedang dirawat di IJN
  • Perdana Menteri berkongsi ciapan doa kesembuhan untuk Dr Mahathir semasa berada di Turkiye
  • Anwar dan Azizah mendoakan kesembuhan segera untuk Tun Mahathir
  • Dr Mahathir berusia 100 tahun dimasukkan ke IJN setelah terjatuh di rumahnya
  • Setiausaha Akhbar Dr Mahathir, Sufi Yusoff mengesahkan berita tersebut

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!