KUALA LUMPUR - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan isterinya, Hamidah Khamis turut melawat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hospital Kuala Lumpur (HKL), hari ini.

Menerusi laman Facebooknya, Timbalan Perdana Menteri turut mendoakan supaya bekas Ketua Pembangkang itu kembali sihat.

"Baru sahaja menziarahi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang selesai menjalani pembedahan bahu kanan di HKL baru-baru ini.

"Semoga beliau cepat sembuh," tulisnya di Facebook.

Semalam, Anwar menerima kunjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Beliau selamat menjalani pembedahan artroskopi bahu kanannya di HKL pada 12 November lalu.

Anwar kini ditempatkan di CCU HKL dan doktor yang merawatnya menasihatkan supaya beliau tidak diganggu buat sementara waktu.

[ARTIKEL BERKAITAN: Najib lawat Anwar, doakan cepat sembuh]
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :