Harga petrol, diesel kekal bagi tempoh 2 hingga 8 Mei

Harga runcit petrol RON97 dan RON95 serta diesel masing-masing kekal pada RM3.47, RM2.05 dan RM2.15 seliter mulai Khamis hingga 8 Mei ini. - Gambar hiasan
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 serta diesel masing-masing kekal pada RM3.47, RM2.05 dan RM2.15 seliter mulai Khamis hingga 8 Mei ini. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel masing-masing kekal pada paras harga RM3.47, RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 2 hingga 8 Mei ini.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga itu ditetapkan berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.

"Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan masih mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar kedua-dua produk telah melebihi paras harga siling ditetapkan,” menurut kementerian itu.

Kementerian itu menyatakan kerajaan juga akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terpelihara. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: