Awasi anak-anak patuhi peraturan
![]() Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintendan Muhamad Hanifah Ab. Malik berkata, kecaknaan ibu bapa dalam hal ini amat perlu, memandangkan soal keselamatan adalah perkara utama ketika menunggang motosikal. Menurutnya, pemakaian topi keledar terutamanya perlu dititikberatkan ibu bapa demi kebaikan semua. “Didikan ibu bapa supaya anak-anak mematuhi peraturan cukup penting untuk mereka selamat semasa menunggang mahupun berada di jalan raya. “Komitmen ini perlu disahut ibu bapa bagi memastikan keselamatan anak-anak terjamin dan membesar sebagai seorang pengguna jalan raya yang berhemah,” katanya. Beliau berkata demikian, ketika ditemui Sinar Harian selepas majlis perhimpunan bulanan anggota polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jeli. Hanifah berkata, ibu bapa juga seharusnya tidak membenarkan anak-anak mereka menunggang motosikal di bawah umur yang dibenarkan. “Perkara penting sekali ialah mempunyai lesen memandu yang sah ketika berada di jalan raya. “Diharapkan kerjasama ibu bapa dalam hal ini, mendapat sokongan seadanya supaya kita dapat mendidik generasi yang mematuhi undang-undang jalan raya,” katanya. Beliau berkata, budaya tegur menegur dalam masyarakat terutamanya perlu disuburkan kerana impaknya amat positif. “Budaya ini turut menjamin keadaan mahupun persekitaran lebih baik kerana di sinilah menunjukkan sikap mengambil berat antara satu sama lain. “Menegur untuk kebaikan adalah cara terbaik untuk mendidik dan perlu diamalkan masyarakat,” katanya. |
Lain-lain Artikel:-
Tuanku Mizan dukacita
Mayat bayi depan surau
Pesawat ringan mendarat cemas
Agong rasmi Penggal ke-3 Parlimen ke-12
Syarikat perkapalan nafi kapal ditahan APMM
Tengku Anis kecewa sikap pemimpin negeri
Kontrak Musa tidak akan dilanjut
Kempen bantah GST berkesan
Anwar amal kronisme ketika jadi Menteri Kewangan: Ezam
DBP anjur program Jom Kenali Sasterawan Negara
"Hanya Mahkamah Syariah boleh tentukan status perkahwinan"
Permohonan JHEOA dapatkan peruntukan RM800 juta dipertimbang
Seniman mahu hantar memo sekat Terjah
Permohonan Anugerah Akademik Negara 2009 dibuka
Tuanku Mizan dukacita
Mayat bayi depan surau
Pesawat ringan mendarat cemas
Agong rasmi Penggal ke-3 Parlimen ke-12
Syarikat perkapalan nafi kapal ditahan APMM
Tengku Anis kecewa sikap pemimpin negeri
Kontrak Musa tidak akan dilanjut
Kempen bantah GST berkesan
Anwar amal kronisme ketika jadi Menteri Kewangan: Ezam
DBP anjur program Jom Kenali Sasterawan Negara
"Hanya Mahkamah Syariah boleh tentukan status perkahwinan"
Permohonan JHEOA dapatkan peruntukan RM800 juta dipertimbang
Seniman mahu hantar memo sekat Terjah
Permohonan Anugerah Akademik Negara 2009 dibuka





