PERKONGSIAN terbaharu pelakon Ardell Aryana yang kini tampil berkerusi roda telah menarik perhatian netizen.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik, Ardell atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin, 28, duduk di kerusi roda yang sedang disorong oleh ibunya.

Ardell difahamkan menghidap kanser, namun tidak memberi sebarang komen mengenai perkara itu.

Ada segelintir turut mendoakan kesihatan Ardel dan memberi kata-kata semangat kepada pelakon itu menempuhi ujian tersebut.

Video tersebut memaparkan momen Ardell keluar ke sebuah pusat membeli belah bersama ibunya bagi mencari cincin sempena ulang tahun kelahiran ibunya itu.

"Hari ini hari jadi mama saya, terima kasih kerana sabar, untuk doa dan usaha, semoga Allah merahmati mama. Selamat ulang tahun i love you.

"Awak bukan sahaja ibu tapi kawan baik, hadiah istimewa dari ALLAH untuk kita sebagai anak. Saya nak mama tahu nama mama sentiasa ada dalam doa saya," tulisnya.

Video yang dimuat naik pada Ahad itu kini sudah ditonton lebih 500,000 tontonan di Instagram dan lebih 2,000 komen pengikut laman sosial.

Sebelum ini, pelakon ini menimbulkan spekulasi apabila dikatakan sedang menghidap kanser tahap tiga.