PENYANYI, Ifa Raziah memberitahu dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan saman terhadap individu yang dipercayai menyalahgunakan gambarnya sebagai model, sebentar tadi.

Dalam pada itu, Ifa Raziah, 43, menerusi status di Facebook miliknya meminta kepada individu terbabit untuk tampil mengemukakan bukti jika Ifa merupakan duta kepada produk langsing tersebut.

"Buat Siti Nur Syahirah, Hello .. Kalau nak buat bisnes tak salah pun tapi jgn nak ambik kesempatan guna gambar aku jadikan Model produk ko Gampang.

"Dasar Melayu Kodokkk .. Org nak jual produk kurus ko pun nak jual jugak tapi nak Curi gambar aku .. Kalau kau nak sgt aku jadi Duta produk kau..BAYARLAH BERJUTA KAT AKU BARUA!!

"Sila buktikan bila pulak aku minun Produk kau yg Haukkk!! Bila pulak aku sain jadi DUTA produk kau yang NAJIS tu

"Tunggu AKU akan buat Tindakan SAMAN terhadap company kau..

"AKU BAGI AMARAN DLM MASA 24 JAM SILA TURUNKAN GAMBAR2 IFA RAZIAH dr IKLAN PRODUK KAU!!," tegas Ifa.