GURU vokal Big Stage, Ernie Zakri berkongsi nasib kurang baiknya apabila satu kemalangan kecil telah dihadapinya, ketika dirinya menghadiri sesi latihan di bangunan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam semalam.

Menerusi laman Twitternya, Ernie memaklumkan kenderaan yang dipandunya telah melanggar dinding kawasan parkir di premis di situ sehingga menyebabkan sebahagiannya kemek.

"Tak pernah-pernah parkir dekat MBSA jadi apa-apa, boleh pula langgar dinding.

"Kedai tutup pula. Sis (kakak) stress!" tulisnya di Twitter bersama sekeping foto menunjukkan keadaan keretanya.

Perkongsinnya itu turut mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya memberikan kata-kata semangat buat pelantun lagu Misteri itu.

"Sebab nak pergi Big Stage ke?.... pengorbanan seorang guru," tulis @HadiFayyadh.

"Alamak cikgu, tak apa bukan rezeki tu. Mana nak tahu benda nak jadi kan? Yang penting cikgu okey," tambah @HirumaKenshin.

"Kita yang tengok, kita yang rasa aduh sakitnya," tulis @SyazwaniNurulAn

Dalam prograam Big Stage, hanya enam bintang yang masih kekal di Big Stage iaitu Afieq Syazwan, Sarah Suhairi, Ariff Bahran, Shafiq Farhain, Wani Kayrie dan Baby Shima.