TENTERA Myanmar mendakwa ribuan penduduk Rakhine menafikan angkatan tentera merogol, membunuh, mencuri dan membakar masjid dalam satu temuramah.

Laporan BBC mengatakan kenyataan tersebut dikeluarkan di laman Facebook tentera Myanmar, semalam.

Kenyataan itu bagaimanapun bertentangan dengan laporan wartawan BBC sendiri, Jonathan Head yang ternampak kumpulan ekstremis Buddha membakar sebuah kampung dengan bantuan polis ketika satu lawatan, September lalu.

Bukan setakat itu, kenyataan tentera Myanmar semalam ternyata bertentangan dengan bukti-bukti diperolehi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang lantang menggelar kempen tentera Myanmar sebagai kempen pembersihan etnik.

Foto yang menunjukkan kononnya tentera Myanmar sedang berusaha memadamkan kebakaran di Rakhine. - Foto sumber Facebook tentera Myanmar.

Dalam kenyataan tentera Myanmar itu, mereka menuduh semua tuduhan jenayah (rogol, bunuh, bakar) dilakukan oleh penduduk Rakhine yang dipengaruhi kumpulan pengganas.

Pihak pemerhati mengatakan kumpulan pengganas yang dimaksudkan, Tentera Penyelamat Arakan Rohingya (ARSA) menyasar untuk 'mempertahan, melindungi dan menyelamat' etnik Rohingya.

>
Foto yang mendakwa senjata buatan sendiri yang digunakan Tentera Penyelamat Arakan Rohingya (ARSA). - Foto sumber Facebook tentera Myanmar.

Kumpulan berkenaan didakwa dianggotai pemuda-pemudi dengan senjata buatan sendiri, selain 'menerima latihan dari luar'.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.