SELAMA 11 minggu bersiaran, akhirnya rancangan realiti, Raja Lawak 7, bakal melabuhkan tirainya.

Hari ini, empat kumpulan iaitu, Gamat, Bora, Sakan dan Wala akan berentap meraih gelaran juara musim ketujuh ini.

Bertepatan dengan slogan musim ini, Takkan Lawak Hilang Di Dunia, pentas akhir Raja Lawak 7 akan membawakan tema Bebas dan Komedi Muzikal dan turut menampilkan persembahan pelawak terkenal bersama peserta.

Raja Lawak 7 juga masih mengekalkan format terdahulu di mana sistem pemarkahan peserta ditentukan sepenuhnya kepada undian penonton melalui sistem pesanan ringkas (SMS).

Sebelum ini, setiap persembahan peserta akan dikritik oleh pengkritik yang terdiri daripada Datuk AC Mizal, Saiful Apek dan Isma Aliff.

Bersiaran secara langsung di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), pada jam 10 malam, rancangan ini juga dibawakan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Mustika HD.

Juara Raja Lawak 7 bakal membawa pulang hadiah utama iaitu wang tunai sebanyak RM100,000 dan naib juara pula akan membawa pulang RM50,000.

Untuk tempat ketiga pula, mereka bakal meraih hadiah wang tunai sebanyak RM30,000.

Rancangan lawak yang diminati ramai ini juga bakal menampilkan duo hebat, Johan dan Zizan sebagai pengacara.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PESERTA dari Selangor, Wak Mustar menepati ramalan apabila muncul sebagai juara program realiti Kilauan Emas musim kelima (KE5) yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras pada malam tadi.
  • MALAM Anugerah Juara Lagu ke-29 (AJL29) menyaksikan 12 lagu bersaing selepas melayakkan diri ke pentas akhir, hari ini.
  • JUARA Bintang Mencari Bintang (BMB) sah milik anak didik, Harun Salim Bachik, Achey.
  • SETELAH lima minggu berjuang di pentas Kilauan Emas 3 (KE3), akhirnya empat peserta dipilih untuk terus bersaing merebut gelaran juara