• Shila Amzah Shila Amzah
1 /

Tidak dapat dinafikan, rata-rata mengenali penyanyi berbakat besar, Shila Amzah yang juga anak gadis kepada penyanyi lama, N D Lala. Meskipun gagal dalam program Mania, namun penyanyi kelahiran Malaysia Idol ini, rancak menerima pelbagai tawaran nyanyian.

Terbaru, dia menerima tawaran menjayakan lagu soundtrack filem, Aku, Kau & Dia, lakonan Sharifah Zarinatasha dan Remy Ishak.

Bukan hanya dalam bidang nyanyian, pelantun Patah Seribu ini juga laris sebagai duta. Malah turut meluaskan empayarnya dalam bidang perniagaan.

Tampil memperkenalkan produk kesihatan sendiri, Collagen Enrich, Shila atau nama sebenarnya, Nur Shahila Amir Amzah, 22, ingin berkongsi rahsia kecantikan bersama peminatnya.

Menurut Shila, idea untuk menghasilkan produk kesihatan ini sudah lama difikirkannya. Namun, kerana kesibukan dalam menguruskan jadual hariannya menyebabkan niat itu sentiasa ditangguh.

"Alhamdulillah, kini produk, Collagen Enrich ini berjaya dipasarkan. Saya juga telah mendapatkan beberapa pembekal untuk memasarkan produk ini.

"Saya tidak akan mengadakan sebarang majlis pelancaran kerana kami telah memiliki ejen terbesar dan pelanggan tetap untuk promosi serta memasar produk ini.

"Saya memang berhasrat untuk memi-liki produk kecantikan sendiri kerana saya amat menitikberatkan soal kecantikan," katanya yang bakal muncul dengan album baru pada tahun ini.

Meletakkan harga yang berpatutan, RM49.00, Collagen Enrich dapat membantu menganjalkan, meremajakan, memutih dan melembutkan kulit, menguatkan akar rambut, membantu mengatasi masalah lemah badan serta membantu masalah kuku dan kulit kaki.

Selain itu, ia juga dapat meningkatkan daya ingatan dan sistem imunisasi badan, mengurangkan jeragat, mengatasi masalah sukar tidur, mengecilkan pori-pori terbuka, mengurangkan
kedutan halus, bebas daripada kolesterol serta mengawal minyak di permukaan kulit.


Cinta tak goyah

Tidak pernah berselindung mengenai hubungan cintanya bersama pelakon Bicara Hati, Sharnaaz Ahmad, Shila mengakui jalinan yang dibina sejak tahun lalu dihadapi dengan pelbagai dugaan.

Walaupun pelbagai kontroversi dikaitkan dengan pasangan ini, namun mereka positif dan menganggap sebagai lumrah dalam hubungan sesama artis.

Menurut Shila, setiap cabaran dan kontroversi yang timbul tidak pernah melenyapkan rasa cintanya kepada Sharnaaz walaupun masih di peringkat awal.