PERCINTAAN antara Sherry Ibrahim dan Fattah Amin sudah lama berkubur, bahkan kedua-duanya sudah membawa haluan masing-masing sejak beberapa tahun lalu.

Malah Fattah dan isterinya, Nur Fazura juga telah melangsungkan resepsi kedua mereka Ahad lalu.

Bagaimanapun sesuatu yang kurang enak berlaku apabila dikatakan perancangan perkahwinan Fattah dan Fazura, Rekateemor, telah membuatkan Sherry naik berang.

Puncanya apabila Rekateemor telah tagged nama Sherry Ibrahim di komen mereka.

Menurut Sherry, komen tersebut telah ditinggalkan di sebuah video yang dimuat naiknya malam tadi.

Menganggap komen sebegitu sebagai buli siber, Sherry berkata, dia meminta perancang perkahwinan terbabit memberi penjelasan sebelum tindakan diambil.

"Pertama saya tidak mengenali mereka. Komen ini ditinggalkan di salah sebuah video yang saya muat naik malam tadi. Komen sebegini boleh dianggap sebagai buli siber dan mengundang risiko serta kurang hormat. Sila beri penjelasan kepada saya sebelum saya mengambil tindakan lanjut," tulisnya beberapa jam lalu.

Bagaimanapun menerusi update terbaru Rekateemor di akaun Instagram milik mereka, dua jam selepas Sherry memuat naik posting tersebut mendedahkan akaun Instagram mereka telah digodam.

Bahkan Rekateemor juga turut berkongsi emel yang memaklumkan ada individu cuba untuk mengakses akaun mereka.

Apa pun kami berharap kedua-dua belah pihak dapat menyelesaikan masalah ini dengan damai dan baik.