Sudah memasuki sembilan tahun usia penganjurannya, Festival Filem & Video Pelajar Malaysia (FFVPM) dilihat sebagai landasan yang tepat untuk penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) mempamerkan karya mereka.

Bakal berlangsung di Universiti Teknologi Mara (UiTM) bermula 21 hingga 23 Jun ini, pelbagai acara telah dirangka termasuklah malam kemuncak yang akan menyaksikan karya terbaik mendapat pengiktirafan.

Festival ini melibatkan gabungan tenaga penuntut UiTM sendiri dengan bantuan pensyarah dan staf pentadbiran yang diketuai Dekan Fakulti Filem, Teater dan Animasi, Profesor Madya A Razak Mohaideen.

Sebagai individu yang mengepalai penganjuran festival kali ini, Zass mendapatkan Razak bagi berkongsi serba sedikit mengenai pengisian FFVPM9.


ZASS: Boleh anda kongsikan mengenai penglibatan UiTM dalam acara kali ini?
RAZAK: Ini adalah kali kedua UiTM diberi mandat menganjurkan FFVPM setelah kali pertama pada 1998. Tentunya kami berbesar hati untuk menjadi tuan rumah kepada acara berprestij yang mendukung pembangunan pendidikan fi lem dan video pelajar IPT. Sepanjang tiga hari, pelbagai aktiviti akan diadakan seperti pameran, wacana, bengkel dan tayangan karya bertanding yang boleh dihadiri orang awam. Kemuncaknya ialah Malam Anugerah FFVPM9  apabila mereka merebut 18 anugerah dipertandingkan.

ZASS: Bagaimana dengan jumlah penyertaan FFVPM9?
RAZAK:
Kali ini kami menerima 251 penyertaan iaitu yang terbanyak dalam sejarah penganjuran FFVPM. Kesemua penyertaan tersebut melibatkan tujuh kategori iaitu fi lem/video pendek (81), dokumentari (53), eksperimental (18), animasi (25), iklan (14), hebahan khidmat awam (39) dan video klip (21) daripada 30 IPTA/S seluruh negara.

ZASS: Penyertaan bertambah, tetapi adakah kualiti karya yang dihantar juga meningkat?
RAZAK:
Seramai 10 juri luar dipilih berdepan kesukaran memilih lima terbaik kerana saingan cukup sengit. Ini membuktikan bahawa setiap karya dipertandingkan memang memiliki kualiti dan kreativiti yang melebihi piawaian. Lebih mengagumkan, ada hasil kerja penuntut ini setanding dengan karyawan profesional yang bergiat dalam industri. Malah, mereka juga bijak menggunakan teknologi baru dalam bidang produksi bagi menghasilkan karya bermutu.

ZASS: Adakah penyertaan lebih dimonopoli oleh penuntut dalam bidang filem dan produksi?
RAZAK: Permohonan FFVPM penuntut semakin bertambah saban tahun termasuklah penyertaan daripada fakulti lain. Situasi ini jelas menunjukkan bahawa industri fi lem bukan hanya dikuasai mereka yang mendapat pendidikan  normal. Bersesuaian dengan tema FFVPM9, Anjakan ke Arah Transformasi, kita sentiasa beri galakan untuk penuntut fakulti lain turut serta.

ZASS: Sejauh mana penganjuran FFVPM setakat ini memberi impak kepada industri?
RAZAK:
Ramai individu yang berjaya dalam bidang perfi leman bermula dengan pendedahan awal di FFVPM. Penglibatan mereka di FFVPM secara tidak langsung mampu membuka mata orang industri untuk melihat sendiri potensi  pelapis ini. Contoh terdekat ialah Farid Kamil yang pernah mempertandingkan karyanya di FFPVM.  Lihatlah, dia kini tersenarai antara pengarah muda yang berjaya.

ZASS: Malam Kemuncak FFVPM9 akan diserikan dengan kehadiran ramai artis terkenal seperti Datuk M Nasir, Aaron Aziz dan Lisa Surihani. Adakah ini strategi penganjur untuk menarik penonton semata-mata?
RAZAK: Dengan kemudahan Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC) yang memuatkan 5,000 penonton, kita tentu mengharapkan ramai akan hadir menyokong acara ini. Tidak dinafi kan, kesudian artis menghadiri FFVPM9 mampu menjadi daya penarik. Namun, kehadiran artis ini juga sebenarnya membolehkan mereka mengenali pasukan pelapis yang akan memasuki dunia perfi leman an produksi. Penuntut juga berpeluang mencari jaringan bagi memudahkan   mereka menyertai industri kelak.

ZASS: Harapan anda sempena penganjuran FFVPM9?
RAZAK:
Saya harap penuntut IPTA/ S dapat guna peluang ini dan pengalaman di FFVPM9. Setiap aktiviti yang diadakan mempunyai input penting sebagai persediaan sebelum mereka terlibat ke dunia perfi leman. Saya harap   penganjuran festival ini diteruskan bagi pastikan karya penuntut diketengahkan menerusi medium yang tepat.

Artikel Berkaitan
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.