SEPERTI yang dijangka, pemilik nama Sarah Suhairi berjaya menyandang status juara dalam program Big Stage, sebentar tadi.

Menyampaikan lagu Awan Terpilu dan Nyawa & Raga single baharu, Sarah menjadi peserta yang mendapat markah tertinggi daripada barisan juri iaitu 66.05%.

Kemenangan ini sekali gus melayakkan Sarah membawa pulang hadiah kemenangan berupa wang tunai berjumlah RM100,000 dan trofi.

Sarah menewaskan empat finalis lain yang turut bertanding iaitu, Wani Kayrie, Syafiq Farhain, Afieq Shazwan dan Baby Shima.

"Pertama sekali terima kasih kepada keluarga saya dan semua yang mengundi. Tak terkira.

"Terima kasih juga kepada semua juri," ucapnya.

Tempat kedua (RM50,000 beserta trofi): Syafiq Farhain dengan peratusan 64.37%

Tempat ketiga (RM25,000 beserta trofi): Afieq Shazwan dengan peratusan 62.17%

Tempat keempat (RM10,000 beserta trofi): Wani Kayrie dengan peratusan 62.15%

Tempat kelima (RM5,000 beserta trofi): Baby Shima dengan peratusan 58.56%