PELAKON yang kini sedang hangat mencipta nama di Indonesia, Hazman Al-Idrus, 30, selamat mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihannya, Sharifah Zakiah Syed Hashim Al-Khred, 29, yang juga merupakan seorang pelakon.

Majlis pertunangan yang berlangsung di Shah Alam ini turut diraikan bersama keluarga dan rakan-rakan terdekat pasangan ini.

Hazman atau nama penuhnya Syed Muhammad Hazman Al-Idrus berkongsi berita gembira tersebut menerusi laman Instagram miliknya dengan memuat naik gambarnya bersama tunangannya yang telah dikenali lebih tiga tahun lalu.

“Bismillahirahmanirahim. One step closer. Alhamdulillah selesai majlis pertunangan abam dan Cik Sharifah @tiaz_alkhred yang telah pun berlangsung pada jam 3.30pm.

“18.8.2018 - Majlis Pertunangan Hazman Al-idrus ❤ Tiaz Al-khred,” tulisnya sebagai kapsyen pada gambar pertunangannya dan Tiaz.

Difahamkan, pasangan ini akan bertunang selama setahun sebelum melangsungkan majlis pertunangan pada tahun hadapan.