MUNGKIN sudah tidak tahan melihat dan mendengar keluhan rakyat mengenai kos sara hidup yang kini membebankan rakyat, Sheila Majid meminta agar 'kegemilangan' Malaysia dikembalikan.

Dia berbuat demikian menerusi satu 'posting' di laman Twitter miliknya.

"Makanan semakin mahal, ringgit sudah lemah, kos sara hidup meningkat dan kerja kekurangan. Rakyat jadi penat dan marah kerana terbeban dengan hutang yang bukan milik mereka.

"Berhentilah memberi alasan dan menuding jari. Fokus untuk cari jalan penyelesaian supaya negara dapat kembalikan era kegemilangan. Mengecewakan," luahnya.

Statusnya mendapat sebanyak 4,312 'retweet' dan 2,551 like.

Bagaimanapun, terdapat beberapa netizen yang mempertikaikan tindakannya itu serta meminta agar dia buat 'homework' sebelum menulis status.

"Ringgit lemah? sila update okay. Sekarang ringgit makin pulih stabil dan lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya," tulis PPTU The Return.

Dalam pada itu, ada juga netizen lain yang menyokong tindakannya menyuarakan masalah yang membelenggu rakyat seperti Kamal Aziz.

"Kita perlukan suara ini daripada para selebriti. Jangan berdiam diri dan takut dengan 'larangan' dan bersuara kepada pemimpin," tulisnya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KEDUDUKANNYA begitu istimewa dalam kalangan pencinta muzik tempatan. Pesonanya dikagumi ramai, menjadi inspirasi buat pendatang baru di arena seni suara negara ini.
  • PENYANYI terkenal, Datuk Sheila Majid berpendapat, liputan media hari ini terhadap seseorang artis mengalami beberapa perubahan seiring dengan peredaran zaman.
  • SEMPENA Hari Suara Sedunia 2015 yang berlangsung 16 April lalu, Stepsils melancarkan pertandingan nyanyian peringkat kebangsaan, The Right Note.
  • KUALA LUMPUR - Bekas kerani syarikat produksi hiburan milik penyanyi popular Datuk Sheila Majid dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas tuduhan melakukan pecah amanah wang berjumlah RM90,000 milik syarikat itu untuk kegunaannya sendiri, empat tahun lepas.