PELAKON, Gambit Saifullah berkata sehingga hari ini dia masih belum menemui suri hati pilihan hati.

Jelas pelakon utama filem Paskal sebagai penembak tepat itu, meski usianya kini 33 tahun, namun dia mahu memberi sedikit ruang kepada dirinya dahulu sebelum mencari pasangan.

"Masalahnya tak ada target. Tak tahulah... mungkin saya memilih ke? Tak pasti....

"Saya kena kaji dulu diri saya macam mana barulah boleh buat keputusan.

"Sekarang ini saya nak fokus satu demi satu dulu, iaitu kerjaya," katanya kepada Sinar Harian.

Terdahulu, Gambit Saifullah atau Mohd Saifullah Rosli ditemui ketika menghadiri tayangan filem Searching anjuran Sinar Harian.

Saksikan lakonan Gambit dalam filem kesembilannya ini pada 27 September ini. Antara barisan pelakon lain seperti, Ammar Alfian, Henley Hii, Taufiq Hanafi, Hafizul Kamal, Theebaan G dan Jasmine Suraya Chin.