DRAMATIS terkenal, Fauziah Nawi, 65, menerima segulung ijazah sarjana daripada institusi Open University Malaysia, petang tadi.

Berita itu dikongsi oleh menantunya yang juga merupakan seorang pelakon, Farah Ahmad, di Instagramnya.

"Taniah mama @fauziahnawi atas usaha yang terbalas. CERTIFIED PROFESSIONAL MASTER IN CREATIVE INDUSTRY ( ACTING )," tulisnya.

Sementara itu di ruang komen dibanjiri dengan ucapan tahniah di atas kejayaan luar biasa penggiat seni tersebut.

Semoga dengan kejayaan beliau dapat memberikan inspirasi kepada anak-anak seni yang lain.