ISTERI kepada penyanyi terkenal, Lan Solo, iaitu Sheila memuatnaik status sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang kesembilan di Instagram miliknya.

Dalam ucapan tersebut, isteri Mohd. Razlan Mohamed Yusof merakamkan, jodoh yang telah terbina sepanjang tempoh ini diharap kekal hingga akhir hayat.

"Sila pastikan sembilan tahun lagi pun awak pimpin tangan wanita yang sama! Setia mencintai wanita yang sama. Sudi jatuh bangun bersama.

"Menjadi imam untuk wanita yang sama. Kekal bagi laporan dekat wanita yang sama. Tidak lalai untuk bagi nafkah kepada wanita yang sama.

[ARTIKEL BERKAITAN: Anak hidap asma kronik, isteri Lan Solo minta petua]

"Memberi sepenuh perhatian kepada wanita yang sama. Share password dan pin ATM kepada wanita yang sama!," coretnya.

Dalam perkongsian panjang lebar itu lagi, Sheila turut memberi 'warning' kepada suaminya agar tidak ada wanita lain.

Bahkan kepada wanita lain andai berani nak cuba-cuba pikat Lan.

"Sembilan tahun kita jaga jodoh sama-sama. I dengar ada jodoh lain kau tunggu. Aku beranak lagi tahun depan.

"Selamat hari kita. Kepada yang berhasrat nak cuba-cuba jangan berani-berani nak sondol okay.

"Aku sondol kau sampai dalam tanah!!!" tulisnya lagi.

Hanya dengan sekali lafaz Lan dan Sheila selamat diijabkabulkan pada awal Disember 2009 dan pasangan itu dikurniakan empat orang cahaya mata.