SHAH ALAM - Gara-gara gagal membuktikan dengan jelas pemilikan dan keberadaan, ahli perniagaan terpaksa berputih mata apabila Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam menolak tuntutannya terhadap bekas isteri yang juga pelakon, Marissa Yasmin agar memulangkan empat jam tangan mewah bernilai lebih RM45,000 serta beberapa dokumen.

Hakim Syarie, Firdawaty Mohammad membuat keputusan itu terhadap plaintif, Muhzir Mohd Zainuddin.

Dalam keputusannya, beliau berkata, mahkamah mendapati plaintif tidak membuktikan kewujudan dan tempat simpanan empat jam berjenama IWC Ingenieur, Zenith Open Heart, Taq Hever dan Tissot T Touch di dalam rumah tersebut.

Marissa Yasmin hadir ke mahkamah hari ini.

“Plaintif tidak menghadirkan saksi untuk untuk mengesahkan kesemua barang- barang tersebut berada di dalam milikan plaintif dan disimpan di tempat itu serta dakwaan ia diambil defendan,” katanya.

Menurutnya, mahkamah juga mendapati terma pecah masuk yang digunakan Muhzir didalam tuntutannya mengelirukan.

“Mahkamah mengulas bahawa memecah masuk tidak dijelaskan kerana plaintif dalam keterangan semula mengakui tidak menghalang defendan kerana masih dalam proses penceraian.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.