ANAK kepada pasangan pelakon Rozita Che Wan dan Zain Saidin, Aaisyah Dhia Rana dimasukkan ke hospital sejak Ahad lalu gara-gara mengalami jangkitan kuman dan demam.

Aaisyah yang bakal menyambut ulang tahun keempatnya pada 1 November, kira-kira seminggu sahaja lagi kini menerima rawatan di Hospital Pakar KPJ Damansara.

"Hampir masuk usia empat tahun, ini kali pertama Aaisyah deman dan ditahan di wad.

"Doakan Aaisyah cepat sembuh ya," tulis Cheta menerusi akaun Instagram (IG) anaknya itu, @aaisyahdhiarana111.

Sementara itu, rata-rata pengikut mendoakan anak pelakon itu cepat sembuh.

"Kenapa pulak Ecah ni... kesian dia. Semoga cepat sembuh, nak sambut harijadi nanti tak boleh tiup lilin. Minum minum air banyak ya Ecah," tulis jiejie.a.

"Selalunya masa tukar bulan, ada sesetengah budak akan jatuh sakit..Semoga cepat sembuh, Syafakallah Aaisyah," tulis widda_watti.

"Kesiannya Aaisyah cepat sembuh ya sayang," tulis wahidahjohan.