Pasti ramai masih mengingati fenomena dicetuskan telenovela dari Amerika Latin sekitar awal 2000 seperti Maria Mercedes, Rosalinda dan Yo Soy Betty La Fea.
JIKA Oktober lalu, industri seni tanah air, kehilangan penyanyi veteran, Ahmad Jais, kali ini industri dikejutkan pula dengan pemergian penyanyi dan pelakon popular era 80-an, Latif Ibrahim.
Baru sahaja mengumumkan akan melakukan konsert tour tahun ini, industri hiburan dikejutkan dengan kematian Madonna menerusi laman sosial Twitter. Dalam waktu singkat, RIP Madonna menjadi topik hangat di seluruh dunia.
Penyanyi yang kini bergelar pereka fesyen iaitu Victoria Beckham (Posh) menamakan salah satu rangkaian jenama beg tangan terbarunya adalah Harper Seven bersempena nama anak perempuannya.
Kunjungan Avril Lavigne ke Malaysia sempena Avril Lavigne Black Star Tour di Stadium Merdeka, Sabtu lalu dinantikan beribu peminat. Buktinya, 14,000 membanjiri stadium dan ada peminat sanggup berhujan seawal jam 3 petang hanya kerana mahu menyaksikan persembahan bertenaga penyanyi yang berasal dari Kanada ini.
KANGAR - Dalam usaha menghargai karya seniman agung Tan Sri P. Ramlee, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perlis menganjurkan Pertandingan Lakonan Semula Babak Filem P. Ramlee Terbuka Kedah/Perlis.
Hubungan cinta aktres cantik, Tiz Zaqyah dan hero pujaan Malaya, Remy Ishak bukan rahsia lagi. Biarpun cuba menyorokkan hubungan itu, akhirnya Remy membuka mulut mengakui sedang melalui hubungan cinta bersama Tiz.
Biarpun perniagaan yang pernah dibina bersama rakan seangkatannya, Awal Ashari suatu ketika dahulu terpaksa berhenti separuh jalan, tetapi pelakon jelita tinggi lampai Dynas Mokhtar tidak putus asa untuk terus menceburi bidang yang sama.
Kesibukan karier, tidak menjadi halangan buat pemilik nama sebenar, Datuk Irwan Syah Abdullah atau DJ Dave, 64, meluangkan masa bersama golongan istimewa bagi membantu mereka memerlukan.
Lahir menerusi program Akademi Fantasia musim keenam (AF6), nama Ika Nabila mungkin tidak segah rakan seangkatannya seperti Stacy, Nubhan, atau Saida. Namun Ika merupakan antara produk AF6 yang masih bertahan dalam industri seni sehingga kini.
Sejak ditayangkan 2 Februari lalu, kehangatan filem Azura 2012 masih dirasai sehingga kini. Menampilkan muka baru yang kian mencipta nama, Shahrizal Jaszle dan Neelofa, ternyata percaturan sutradara, Aziz M Osman tidak menghampakan.
Baru setengah dekad bertapak dalam industri hiburan, penyanyi dan penulis lagu, Adele berjaya meletakkan namanya sebaris dengan Christopher Cross dan Norah Jones yang pernah memenangi kesemua empat kategori utama, Big Four pada anugerah berprestij Grammy.
Berdebar menunggu saat untuk melangkah ke fasa baru dalam hidupnya, penyanyi Ana Raffali atau nama sebenarnya Ana Nur Hidayah Mohd Raffali bersyukur persiapan perkahwinannya dibantu seisi keluarga, saudara mara, bakal mentua dan rakan-rakan terdekat.
Bukan susah mengenali pendatang baru, Mikail Andre kerana suara dan gaya percakapannya mirip sang abang yang merupakan pelakon dan pengarah terkenal, Pierre Andre.
LOS ANGELES - Bintang pop Whitney Houston ditemui lemas dalam air dan kelihatan tidak sedarkan diri di bilik air hotel Beverly Hills, kata polis semalam.
Hangat bercinta! Itulah perkataan paling tepat bagi menggambarkan situasi antara penyanyi remaja, Shila Amzah dan pelakon kacak, Sharnaaz Ahmad ketika ini.
Kesan daripada kejayaan dan fenomena menerusi pementasan Cuci The Musical, pada 2009 dan 2010, membuktikan peminat seni tempatan semakin meminati bidang teater.
KUALA LUMPUR - “Pendapatan saya tidak menentu, kadang-kadang ada tawaran, tetapi ada juga tiga hingga empat bulan tiada tawaran berlakon. Kerana itu saya cuba mohon Bantuan Rakyat 1Malaysia ini, dan Alhamdulillah dapat”.
Biarpun ramai pihak memuji kehebatan Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL26) yang disifatkan paling berprestij sepanjang penganjurannya, ada pula beberapa pihak menyalahkan Jaclyn Victor di atas kekalahan lagu Sedetik Lebih.
LOS ANGELES – Whitney Houston, yang mencipta nama sebagai ratu muzik pop selain diselubungi pelbagai kontroversi termasuk kes dadah dan masalah rumah tangga, ditemui mati di sebuah hotel, demikian menurut laporan media. Mendiang berusia 48 tahun.
Secantik namanya, begitu juga cantiknya budi pekerti dimiliki selebriti yang kian meningkat , Noor Neelofa Mohd Noor atau lebih dikenali dengan nama Neelofa.
Khabar gembira pasangan sejoli ini bakal mendirikan rumah tangga bukan sekadar spekulasi, kerana baik Lisa Surihani mahupun Yusry Abdul Halim, kedua-duanya memilih untuk mengadakan sidang media bagi berkongsi momen indah dengan semua pihak secara adil.
Terkenal trademark berbaju kurung atau kebaya ketika mengadakan persembahan, penyanyi, Ana Raffali, yang sebelum ini tampil imej sopan kini semakin ayu apabila mengenakan hijab.
Tidak perlu menghidangkan pelakon ternama, dihiasi perhiasan mewah, namun filem kelapan arahan Azhari Zain, Hantu Dalam Botol Kicap (HDBK) masih punya keistimewaan tersendiri.
Setelah berjaya mencatat jumlah penonton 4.5 juta sepanjang dua musim tayangan, kini Tanah Kubur kembali untuk musim ketiga. Rancangan tersebut akan bermula pada 24 Februari ini, jam 7.30 malam, setiap Jumaat, di saluran Astro Oasis.
KUALA LUMPUR - Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan (Yokuk) melantik pelakon terkenal Maya Karin sebagai Duta Muhibah Yokuk dalam usaha mewujudkan persekitaran yang lebih kondusif untuk golongan orang kurang upaya (OKU).
Karier pelakon cantik, Kristen Stewart dilihat berjalan lancar, apabila namanya mula berada di kemuncak menerusi lakonan sebagai Isabella Swan atau Bella Swan dalam filem puntianak romantik, Twilight pada penghujung tahun 2008.
PUTRAJAYA - Pelakon Nasha Aziz hari ini menarik balik rayuan yang dikemukakan kepada Mahkamah Rayuan di sini berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memerintahkannya membayar ganti rugi am RM10,000 kepada bapa kandungnya Abdul Aziz Mohd Ali.
Nurul Ekasari, empunya nama seorang gadis cantik molek yang berasal daripada Indonesia ini, bakal memukau penonton menerusi filem terbaru, Chantek, arahan Pierre Andre, yang menemui penonton, 16 Februari ini.
Raut wajahnya yang serius kelihatan tiada beza dengan penampilannya di kaca televisyen, seolah-olah memberi gambaran insan bernama Wan Kamaruddin Wan Ibrahim ini sememangnya memiliki personaliti sebegitu di luar.
Biarpun bukan berasal dari Malaysia, ia tidak sedikit pun menjadi penghalang buat aktor, Adi Putra mencipta nama dan meletakkan profilnya sebaris dengan pelakon Malaysia sedia ada.
KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan syarikat rakaman, Syncrosound Records Label Music Sdn Bhd membayar royalti sebanyak RM18,859.38 kepada penyanyi Anuar Zain.
Filem Azura, ketika tahun 1984 menjadi satu fenomena yang luar biasa sehingga lakonan teraju utamanya, Jamal Abdillah sebagai Zack dan Fauziah Datuk Ahmad Daud (Ogy) sebagai Azura diingati sehingga kini.
Kisah percintaan dua pelakon muda, Shahrizal Jaszle dan Miera Liyana bukan lagi rahsia. Sejak awal, kedu-dua nya tidak merahsiakan hubungan yang terjalin daripada media mahu pun peminat.
Mentor musim keenam kini kembali! Kini, giliran Fauziah Datuk Ahmad Daud (Ogy) dan Faizal Tahir mencari protege. Bagi anda yang berminat mencuba nasib, hadirlah ke sesi uji bakat yang diadakan berikut;
Walaupun baru sahaja mengenali antara satu sama lain, pelakon popular, Kirsten Dunst bersama teman lelakinya, Garret Hedlund sudah mula memperkatakan mengenai perkahwinan mereka.
Walaupun usianya masih mentah, Eina Azman kini semakin mendapat perhatian daripada pengarah dan penerbit untuk membintangi filem dan drama. Bagi bakat muda ini, kepercayaan diberikan kepadanya tidak disia-siakan. Malah, dia akan terus memperjuangkan perjalanan seninya sehingga terdaya.
KUALA LUMPUR – Desas desus mengenai penyanyi Tolong Ingatkan Aku, Ana Raffali bakal menamatkan zaman bujang dalam tempoh terdekat, akhirnya terungkai sudah.
Setelah Aznil Nawawi atau Pak Nil meninggalkan segmen Riuh Pagi Era, pendengar setia stesen radio Era FM dihidangkan pula dengan slot baru iaitu JoHaRa Pagi Era.
Kemeriahan Konsert Ulang Tahun ke-27 majalah hiburan No1, Media Hiburan yang julung kalinya diadakan di pekarangan Kompleks Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam masih lagi dapat dirasai biarpun konsert tersebut telah melabuhkan tirai pada lewat malam kelmarin.
KUALA TERENGGANU - Kumpulan muzik pop kreatif tersohor dari Indonesia, Wali Band akan dijemput untuk mengadakan konsert jelajah di empat daerah di Terengganu Mac ini.
Nama Adi Johar dan Ila Damiaa pernah menjadi sebutan dua tahun lalu, apabila adik-beradik ini berjaya meletakkan diri dalam senarai peserta Mentor musim keempat. Adi yang ketika itu bergelar protege kepada Dayang Nurfaizah bergelar naib juara manakala Ila yang juga protege kepada Joe Flizzow terpaksa akur apabila tersingkir pada minggu terakhir sebelum final.
Hanya berlatar suasana kampung, tanpa sentuhan Imej Janaan Komputer (CGI) yang kebiasaannya menjadi pilihan pengarah masa kini, Sumpahan Kum Kum, filem seram pertama arahan Ismail Bob Hasim tetap punya keistimewaan tersendiri.
Antara cita-cita dan cinta, kenapa perlu ada yang pertama dan kedua? Mengapa tidak diberi peluang mengacapi keduanya? Mengapa perlu hadir cinta saat cita-cita menuntut kesungguhan dan kewarasan fikiran.
Namanya cukup sinonim di kalangan peminat seni tempatan biarpun masih setahun jagung melibatkan diri dalam industri seni. Mempunyai pakej lengkap sebagai pelakon membuatkan anak jati Kuala Lumpur ini terus menjadi perhatian pengarah dan penerbit sehingga wajahnya tidak putus menghiasi kaca televisyen sejak kebelakangan ini.
Majalah Hiburan No 1 tanah air, Media Hiburan, tampil meraikan golongan artis dan pembaca melalui satu acara yang dinanti-nantikan, Konsert dan Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan (PPMH) 2011/12.
Debaran malam kemuncak Anugerah Juara Lagu kali ke-26 (AJL26) makin dirasai. Hanya tinggal empat hari lagi untuk menyaksikan lagu manakah yang bakal membawa pulang trofi Juara.
Pelakon dan juga pengacara, Serina Redzuawan selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang diberi nama Isabella Saffiya kira-kira jam tiga petang, kelmarin.
Jika 17 tahun lalu, idola kesayangan ramai ini cumalah seorang gadis luar bandar yang nekad meninggalkan kampung halaman di Kuala Lipis, Pahang demi mencuba nasib di ibu kota.
Tahun 2012 dilihat bakal mencipta pelbagai sejarah buat Metrowealth International Group (MIG). Sementelah tahun ini merupakan Tahun Naga Air, yang sama dengan tahun kelahiran 'taukenya', Mejar (K) David Teo,.
‘Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul’. Perumpamaan itu sesuai menggambarkan ujian rumah tangga yang berlaku kepada pelakon cantik, Rita Rudaini.
SHAH ALAM - Penyanyi lagu Kembali Senyum, Izwan Pilus mengembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 6.15 petang tadi, di sebuah hospital di Ampang, disyaki akibat jangkitan kuman di dalam darah.
SHAH ALAM -- Pelakon popular, Rita Rudaini hari ini hadir di Mahkamah Syariah di sini untuk menyempurnakan pelantikan peguam bagi menyelesaikan isu surat yang diterima daripada suaminya, pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak berhubung dua anak mereka.
Personaliti TV3, Ally Iskandar Mohd Mardzi, 36 kini sah bergelar suami kepada Nurfarahin Romli, 22, dalam sebuah majlis yang berlangsung di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Terengganu.
FILEM terbaru arahan Profesor Madya A Razak Mohaideen, Bujang Terlajak Belum Terlanjur, bagai sudah boleh dijangkakan jalan ceritanya. Menampilkan jalan cerita yang agak ringkas, ia sesuai untuk hiburan seisi keluarga.
Anugerah Golden Globes 2012 yang berlangsung di The Beverly Hilton Hotel, California, melabuhkan tirai dengan mencatatkan pencapaian paling manis buat aktor George Clooney.
Lebih 1.2 juta penonton menjadi saksi kepada ketentuan Tuhan terhadap sikap kejam Puan Sri Waheeda terhadap madunya, Karmila menerusi dua episod kemuncak drama Karma yang disiarkan pada 9 dan 10 Januari lalu. Drama bersiri slot Ratu ini berakhir dengan hukum karma mengambil tempatnya - baik dibalas baik, jahat dibalas jahat.
Kisah artis bercinta sesama artis bukanlah perkara baru dan antara pasangan selebriti yang menjadi perhatian peminat ialah pelakon kacukan, Diana Danielle dan Farid Kamil.
Siri penyiasatan hebat, CSI Miami musim ketujuh kini sedang bersiaran di Saluran Ceria Anda, NTV7 setiap Rabu jam 8.30 malam. Drama 24 episod ini diterbitkan, Jerry Bruckheimer, produksi yang menerbitkan beberapa filem popular seperti, Pirates of Caribbean, Armageddon dan Pearl Harbor.
“Apa yang penting, jika diberi tawaran lakonan, saya akan lakukannya dengan sepenuh hati supaya dapat menyempurnakan lakonan dengan baik,”: Zhafri Suhaimi
Hebat, bertenaga! Dua patah perkataan itu sudah cukup menggambarkan suasana sepanjang berlangsungnya Konsert Get Your Heart On! Tour Live In Malaysia, Sabtu lalu.
Bagi peminat filem aksi dan seram yang berlatar belakangkan kisah pontianak, sudah pasti filem Underworld dinanti-nantikan. Bermula sekuel pertamanya, Underworld (2003), diikuti Underworld: Evolution (2006) dan Underworld: Rise of the Lycans (2009), ramai tidak menjangka siri ini akan diteruskan dengan sekuel keempatnya.
Bagi kaki novel tempatan, pasti tidak asing dengan kisah gelora wanita bernama Dhira yang bertemu jodoh dengan Zairi, namun kemudiannya perlu berdepan konflik rumah tangga mereka, yang dipaparkan dalam novel Kau Kekasihku.
Bermula semalam, Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengajak penonton setia salurannya bergelak ketawa dengan program sitkom terbaru, Bibik yang pasti menyerikan petang anda.
Penyampai Radio Suria FM, Linda Onn sememangnya beruntung kerana masih mendapat tempat di hati peminat, biarpun kini kurang bergiat aktif dalam bidang seni dan hanya tertumpu kepada kerjayanya sebagai penyampai dan ahli perniagaan.
KUALA LUMPUR – “Azra nak pencuri jadi baik, Azra tak nak dia masuk penjara.” Itulah yang sering diperkatakan Azra Fareera Ikhwan, 5, anak kedua selebriti, Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot apabila teringat peristiwa hitam yang meragut perasaan selamat mereka, Khamis lalu.
KUALA LUMPUR - Golden Screen Cinemas Sdn Bhd akan membuka lapan pawagam baru yang berharga lebih RM84 juta tahun ini, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Koh Mei Lee.
KUALA PILAH - Desas-desus mengenai pergolakan rumah tangga penyanyi yang popular dengan lalu Biso Bona, Hattan dan isteri yang baru dinikahinya November lalu akhirnya terjawab.
Kebelakangan ini khabar angin mengenai 'perang dingin' antara pelakon jelita, Fazura dan bekas Dewi Remaja, Neelofa semakin mendapat perhatian peminat dan juga media.
KUALA LUMPUR - Dokumentari mengenai penyanyi wanita paling popular di Malaysia Datuk Siti Nurhaliza Tarudin disiarkan Astro melalui saluran History malam tadi.
- Sebuah syarikat penerbitan filem Indonesia menyatakan minat untuk menawarkan kepada diva tanah air Datuk Siti Nurhaliza Taruddin untuk muncul dalam filem berjudul 'Kekuatan Cinta'.
Hampir dua minggu pentas Maharaja Lawak Mega (MLM) melabuhkan tirainya, namun sehingga kini ia masih menjadi perbualan ramai. Rata-rata, berpuas hati dengan persembahan peserta pada malam final itu, terutamanya Boboi dan Osbon yang memberikan saingan sengit.
Setelah setahun menceriakan suasana pagi pendengar menerusi segmen Breakfast@Suria, Sharifah Shahirah (Shira), 37, akhirnya mengucapkan selamat tinggal kepada Suria FM selepas membuat keputusan tidak menyambung kontraknya yang berakhir 24 Januari ini.
Karier dan kontroversi buat pelakon dan pengacara, Neelofa bergerak seiring sejak di awal kemunculannya dalam bidang seni. Bagaimanapun, kontroversi itu tidak sedikit pun melemahkan semangatnya untuk terus mengharungi sepak terajang industri ini.
GEORGE TOWN - Seniman Negara, Datuk Ahmad Nawab akan mengadakan konsert jelajah seluruh negara bagi memberi peluang kepada peminat menyaksikan persembahannya bersama artis-artis yang mencipta nama menerusi lagu-lagu ciptaannya.
Setelah hampir dua tahun menyepikan diri daripada bidang seni suara, penyanyi Daniel Lee muncul kembali memperkenalkan album ketiganya, Sincerely Yours, Daniel.
Sekian lama menunggu kelahiran album baru daripada penyanyi dan penulis lagu berbakat besar, Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai, akhirnya gadis manis ini muncul dengan album kedua, Terukir Di Bintang.