YANGON - MYANMAR. Jika sebelum ini, veteran demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi enggan mengulas berkenaan isu dan situasi minoriti Rohingya di Rakhine, tetapi semalam, beliau seolah-olah membuat u-turn dengan memberi kenyataan berbeza.

Menurut Xianhua.net yang memetik laporan akhbar Mynmar Global News Light of Myanmar, Suu Kyi menggesa kumpulan majoriti untuk memainkan peranan sewajarnya dengan memelihara hak minoriti dan melindungi bahasa, budaya dan adat resam etnik minoriti.

Gesaan itu dinyatakan di Yangon dan dihadiri Pejabat Peguam Negara, pakar undang-undang dan juga ahli akademik.

Kenyataan itu dibuat di hadapan peserta bengkel bagi merangka undang-undang melindungi hak minoriti.

“Dalam melindungi hak-hak warga etnik, anda perlu bertanggungjawab.

“Kedaulatan undang-undang adalah untuk mempertahankan seluruh penduduk di negara ini di bawah perlindungan undang-undang yang memberi manfaat besar kepada rakyat, bukan menekan rakyat.

"Undang-undang perlulah adil dan saksama yang mana akan memberi manfaat kepada negara," katanya.

Suu Kyi juga mahu undang-undang yang dirangka akan melindungi semua penduduk Myanmar dan bukan untuk menindas.

Terdahulu, penasihat parti liga kebangsaan bagi demokrasi (NLD) Suu Kyi, Ko Ni, yang memperjuangkan hak perwakilan warga Myanmar beragama Islam ditembak mati Ahad lalu.

$content.code.value
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, menempelak sikap ikon demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi yang bersikap tidak mahu ambil kisah mengenai etnik Rohingya.
  • SELEPAS pilihan raya pada November tahun lalu yang menyaksikan kemenangan Parti Liga Kebangsaan bagi Demokrasi (NLD), masyarakat antarabangsa memuji Myanmar untuk langkah ke arah pembaharuan demokratik.
  • NAPYIDAW - MYANMAR . Peluasan sekatan Amerika Syarikat (AS) terhadap Myanmar tidak akan sedikit pun menjejaskan negara, menurut Penasihat dan Menteri Luar, Aung San Suu Kyi, semalam.
  • NAYPYIDAW - MYANMAR. Pintu pagar rumah pemimpin demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi telah dilelong dan dibeli oleh seorang ahli perniagaan.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.