TOKYO - Bagi mereka yang selalu mengalami masalah untuk mengehadkan kuantiti pengambilan makanan, ciptaan alat ini sememangnya dapat membantu mereka.

Pereka di Universiti Tokyo telah mencipta prototaip dua kaca mata untuk ‘menipu’ otak bahawa mereka sedang mengambil makanan dalam kuantiti besar sehingga 50 peratus daripada saiz asal.

Fungsi kedua-dua alat ini adalah untuk mengurangkan selera makan dengan cara menipu minda sedar mereka.

Salah satu kaca mata itu, MetaCookies+ turut dilengkapi alat untuk mengesan bau makanan yang mereka ingin makan walaupun sebenarnya ia hanyalah khayalan.

Kaca mata kanta biru tersebut berfungsi untuk menjadikan makanan nampak tidak menyelerakan.

Menurut Syarikat Yumetai, hasil kajian sains mendapati warna biru dapat menenangkan pusat selera di otak manusia.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • TOKYO - JEPUN. Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe dan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump bersetuju untuk mengadakan kerjasama dengan masyarakat antarabangsa bagi menghalang Korea Utara melancarkan peluru berpandu yang mungkin ditujukan ke wilayah Guam AS, lapor agensi berita China Xinhua.
  • TOKYO - JEPUN. Berpuluh anggota bomba di Jepun bertungkus lumus memadamkan kebakaran membabitkan pasar ikan terbesar di dunia dan lokasi tumpuan pelancong di ibu negara itu, lapor AFP.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.