LONDON - Alat kawalan permainan video terbesar dunia bersaiz 30 kali besar dari joypad biasa yang dipamerkan di Stesen St. Liverpool, London, menerima pengiktirafan Rekod Dunia Guinness edisi permainan, baru-baru ini.

Rekaan bombastik pelajar kejuruteraan Universiti Teknologi Delft, Netherland, sebenarnya boleh digunakan dan bukan sekadar perhiasan.
 
Alat kawalan permainan video itu mempunyai fungsi peranti sepenuhnya, dan jika mahu menggunakannya seperti alat kawalan biasa pengguna perlu mempunyai ketinggian 51 meter bersamaan ketinggian mercu tanda ‘London Column Nelson’. 
 
Salah seorang dariipada tiga pelajar, Ben Allen, 23, yang membina peranti sebagai salah sebuah projek universiti mereka memberitahu, mereka begitu mengharapkan peranti Sistem Hiburan Nintendo (NES) yang dicipta menerima penghormatan.
 
“Kami bergabung idea dalam sebuah kelab dan membuat keputusan menghasilkan ciptaan yang tidak munasabah ini dalam versi besar.
 
Alat kawalan vidoe atau joypad berukuran 366 sentimeter (cm) x 159cm, dengan seberat 120 kilogram (kg) itu, mengambil masa hampir lima bulan untuk disiapkan dengan kos pembinaan 4,000 pound (RM19,341).

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • LONDON - BRITAIN. Sebuah bungkusan mengandungi serbuk putih misteri dan mesej berunsur perkauman yang dihantar kepada Putera Harry dan tunangnya, Meghan Markle telah disiasat sebagai jenayah kebencian, menurut polis Britain, kelmarin.
  • LONDON - BRITAIN . Seorang suspek pengedar dadah di Britain memecahkan rekod menahan buang air besar selama lebih sebulan.
  • LONDON - Sebuah syarikat bebas cukai yang memiliki kedai di Lapangan Terbang Hearthrow memohon maaf pada Isnin, selepas pelanggan Cina mendakwa ia mengamalkan diskriminasi dalam pelaksanaan program baucer VIP.
  • LONDON - Dakwaan beberapa wanita menjadi mangsa serangan seksual ketika tawaf mengelilingi Kaabah jelas satu penghinaan dan cubaan untuk memburukkan imej Islam serta mencemari Kota Suci Makkah.
  • LONDON - Sebuah kapal carian canggih yang dihantar untuk menjejaki pesawat MH370 dilaporkan hilang dari radar selama tiga hari, sekali gus mencetuskan teori konspirasi baharu.