Bekas Menteri Agama Indonesia dinamakan suspek kes rasuah kuota haji

Yaqut Cholil Qoumas dinamakan sebagai seorang suspek dalam kes dakwaan rasuah berkaitan kuota haji. Foto Antara
Yaqut Cholil Qoumas dinamakan sebagai seorang suspek dalam kes dakwaan rasuah berkaitan kuota haji. Foto Antara
A
A
A

JAKARTA - Bekas Menteri Agama Indonesia, Yaqut Cholil Qoumas dinamakan sebagai seorang suspek dalam kes dakwaan rasuah berkaitan kuota haji.

Perkara itu disahkan oleh Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah (KPK) Indonesia, Fitroh Rohcahyanto pada Jumaat, lapor Agensi Berita Antara.

Bagaimanapun, Fitroh tidak memberikan butiran lanjut mengenai senarai suspek atau sama ada Yaqut merupakan satu-satunya individu yang terlibat dalam siasatan berkenaan.

Menurut Antara, KPK pada 29 Ogos 2025 telah melancarkan siasatan terhadap dakwaan kes rasuah kuota haji itu.

Susulan siasatan awal, anggaran potensi kerugian negara adalah melebihi 1 trilion rupiah (1 juta rupiah = RM241.90).

Tiga individu turut dilarang ke luar negara bagi tempoh enam bulan akan datang, termasuk Yaqut.

Dua lagi individu ialah Ishfah Abidal Aziz, juga dikenali sebagai Gus Alex, bekas kakitangan khas di bawah Yaqut, dan Fuad Hasan Masyhur, pemilik agensi pelancongan haji Maktour.

Setakat 18 September 2025, KPK telah mengenal pasti 13 persatuan dan 400 agensi pelancongan haji yang disyaki terlibat dalam kes berkenaan. - Bernama

 

Artikel Berkaitan:

 

 

 

 

 

Ringkasan AI

  • Bekas Menteri Agama Indonesia, Yaqut Cholil Qoumas dinamakan sebagai suspek dalam dakwaan rasuah kuota haji
  • Timbalan Pengerusi KPK, Fitroh Rohcahyanto, mengesahkan perkara tersebut tanpa memberi butiran lanjut mengenai senarai suspek
  • KPK melancarkan siasatan pada 29 Ogos 2025 terhadap dakwaan rasuah kuota haji
  • Kerugian negara akibat rasuah itu dianggarkan melebihi 1 trilion rupiah
  • Yaqut dan dua individu lain, Ishfah Abidal Aziz dan Fuad Hasan Masyhur, dilarang ke luar negara selama enam bulan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!