KEPALA BATAS - Yayasan Ehsan Permatang Sintok (Yeps) membuka penyertaan kepada pelbagai lapisan masyarakat yang berminat dalam kerja kebajikan untuk bersama-sama dengan Yeps.

Pegawai Operasi Yayasan Ehsan Permatang Sintok, Syafik Asyraf Haris berkata, Yeps sentiasa membuka peluang kepada orang ramai khususnya anak muda yang berminat dalam aktiviti kebajikan.

“Langsung tidak berasaskan keuntungan sebaliknya berperanan dalam membantu mereka yang memerlukan tanpa mengira latar belakang bangsa mahupun agama, itu antara prinsip utama Yeps.

“Yeps menjadi orang tengah antara pemberi sumbangan dan penerima sumbangan,” katanya.

Menurutnya, dalam masa sama Yeps berperanan memberi latihan kepada sukarelawan untuk menjadi insan yang prihatin.

“Walaupun kita tak ada duit untuk membantu, tetapi kita diberi latihan secara praktikal bagaimana untuk berinteraksi dengan masyarakat yang ingin memberi sumbangan.

“Dalam masa sama, kita juga dapat mencari golongan sasar untuk menerima bantuan berkenaan,” katanya.

Katanya, sesiapa yang berminat menjadi sukarelawan boleh datang terus ke pejabat Yeps yang terletak di Permatang Sintok.

“Untuk keterangan lanjut boleh hubungi talian 017-2859077," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PUCHONG - Bagi menggalakkan masyarakat sentiasa menjaga dan menitikberatkan kebersihan ketika berada di tempat awam, satu program diberi nama Bersih Betul akan dianjurkan di Taman Puchong Utama, pagi Ahad ini.
  • MAHSAN - Bukan sahaja menyedihkan, kebanyakan kisah diceritakan oleh penghuni rumah orang tua, Sejahtera Mahsan di sini kepada pelajar Pendidikan Sivik, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chi Wen, Bahau ternyata memberikan kesan mendalam.
  • BATU PAHAT - Pertubuhan Ihsan Johor yang diwujudkan untuk membantu golongan memerlukan termasuk memiliki kediaman lebih selesa menyasarkan untuk membina dua rumah setiap bulan.
  • MERSING - Memelihara alam tanggungjawab bersama. Menyedari hakikat ini, sekumpulan golongan profesional dari tiga organisasi gergasi berbeza berganding tenaga, masa dan wang ringgit bagi memastikan hasrat mereka tercapai.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.