KULIM - Polis hari ini menafikan menerima laporan berkenaan video yang menjadi viral kononnya kumpulan penyamun sedang melakukan penyamaran menyerupai makhluk halus di Jalan Sungai Ular, dekat sini.

Video yang berdurasi 54 saat itu dimuatnaik seorang pemilik akaun Facebook pada 13 Jun jam 6.08 petang dengan penerangan meminta pengguna jalan raya kawasan itu berhati-hati kerana penyamun sedang menyamar sebagai pocong supaya pemandu panik dan terbabas.

Selain itu, menurut penerangan pada video yang dimuat naik itu juga ia berjaya dirakam jam 3 pagi pada 13 Jun di kawasan Jalan Sungai Ular.

Melalui pemantauan Sinar Harian video tersebut juga telah dilihat  sebanyak 113,000 dan 2,800 perkongsian sehingga hari ini.

Malah, melalui rakaman tersebut kelibat  pocong itu juga dapat dilihat pada durasi ke 10 saat yang berada di bahu jalan.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Abdullah Arshad berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan polis mengenai kejadian tersebut.

"Kita tak terima sebarang laporan, jika benar ada sila lapor kepada pihak kami supaya tindakan lanjut boleh diambil. Malam ini juga kita boleh pergi lihat sendiri sekiranya ia benar.

"Kita harap orang ramai tidak menyebarkan maklumat palsu yang menimbulkan panik dan kebimbangan dalam kalangan masyarakat," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim, hari ini.
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • MELAKA - Gara-gara ternampak lembaga putih seakan-akan pocong yang diletakkan di kawasan pembuangan sampah berdekatan Kubur Cina Duyong, di sini, seorang pemuda nyaris kemalangan dalam kejadian awal pagi semalam.
  • KUALA SELANGOR - [DIKEMASKINI] Pengguna Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (Latar) gempar apabila ‘terserempak’ lembaga putih menyerupai pocong bergolek di tepi laluan susur keluar...
  • KOTA TINGGI - Penduduk di sekitar kawasan perumahan Taman Kota Jaya di sini menjadi gempar dengan kemunculan lembaga berupa 'pocong' yang tersandar di sebatang pokok pisang di simpang tiga di situ awal pagi tadi.
  • KAMPUNG GAJAH - Kisah penemuan pocong di Kampung Balun Bidai di sini dianggap sekadar cerita pocong jadian yang menjadi helah sesetengah pihak untuk menakut-nakutkan penduduk kampung berkenaan.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.