ALOR SETAR - Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kuala Kedah menyaksikan kesemua jawatan yang dipertandingkan termasuklah 15 jawatan ahli jawatankuasa (AJK) pemuda dimenangi calon tanpa bertanding.

Jawatan Ketua Pemuda Umno Kuala Kedah menjadi milik Nazar Ahmad Md Noor yang menang tanpa bertanding menggantikan Shahron Nizan Mohd Zain.

Shahron Nizan tidak mempertahankan jawatan Ketua Pemuda Umno Kuala Kedah yang disandang beliau sejak lima tahun demi memberi laluan kepada muka baharu.

Hasrul Nizam Abu Hassan dipilih menjadi Naib Ketua Pemuda Umno Kedah menggantikan penyandangnya, Dr Heazar Ismail yang juga tidak mempertahankan jawatan itu.

Pengerusi Tetap dan Timbalannya masing-masing menjadi milik Syed Muhamad Firdaus Syed Mahazir dan Abdul Nasir Shafie yang juga menang tanpa bertanding.

Bagi AJK Pemuda Umno, jawatan itu dimenangi tanpa bertanding oleh Asywan Zahrin Ismail dari cawangan Simpang Empat, Mohd Faizal Saad dari Batas Paip, Khairul Azizi Che Min dari Tanjung Morah dan Muhamad Ismadi Isa dari Gunung Hilir.

Antara lain, Syed Mohd Harussani Syed Abdullah (Taman Pelangi), Mohd Adzril Yahaya (Taman Bersatu), Mohamad Kamal Mansor (Taman Aman), Muhammad Azrul Ramli (Telaga Tengah) dan Mohammad Faidzal Kamih (Sri Selarong).

Muhammad Najib Othman dari Sungai Baru Tengah turut dipilih sebagai AJK Pemuda Umno Kuala Kedah, diikuti Mohd Afzal Ariff Mohd Naaim (Lorong Tujuh) dan Mohd Adha Mohd Rodzi (Sungai Mati).

Tiga lagi AJK Pemuda Umno Kuala Kedah yang baharu, ialah Megat Mohd Rafiezi Megat Mohd Rodzi (Titi Gajah), Syed Fakhrul Maizi Syed Hamzah (Taman Sri Abadi) dan Syed Muhammad Nabil Syed Hamzah (Pekan Hilir Kubang Rotan).

Mesyuarat dan pemilihan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kuala Kedah itu berlangsung di Dewan Koperasi Guru-Guru Melayu Berhad di Persiaran Sultan Abdul Hamid, di sini, siang tadi.