ALOR SETAR - Jumlah mangsa banjir kilat dari Kampung Sungai Tepus di Bandar Baharu dekat Kulim yang dipindahkan ke pusat pemindahan meningkat kepada 65 orang daripada 16 keluarga setakat 8 malam ini.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kulim Leftenan (PA), Mohd Fadhil Fahmi Zaini berkata, kesemua mangsa itu masih ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Sungai Kechil Ulu berikutan air belum surut sepenuhnya di kawasan kediaman mereka selain ada yang belum selesai mencuci rumah mereka yang telah dinaiki air.

"Kita bersama pihak agensi berkaitan akan terus memantau keadaan dari semasa ke semasa,”  katanya ketika dihubungi.

Hujan lebat sejak lewat petang semalam menyebabkan air mulai naik sekitar 7 malam semalam dan telah menjejaskan 100 penduduk membabitkan 32 rumah di kampung berkenaan. - Bernama
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • TELUK INTAN - Persediaan awal menghadapi kemungkinan musibah banjir di beberapa kawasan dalam parlimen ini perlu dilakukan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.
  • KERAYONG - Penduduk yang tinggal berhampiran Sungai Triang terutama Kampung Paya Pagar diminta terus peka dengan kenaikan air sungai demi keselamatan ahli keluarga masing-masing.
  • KUALA LIPIS - Penduduk Kampung Kuala Medang di sini sentiasa bersiap sedia menghadapi banjir apabila tiba musim tengkujuh namun kesemua kira-kira 150 daripada 1,000 penduduk tetap perlu diberi tumpuan utama jika musibah itu berlaku.
  • ALOR SETAR - Bukan sekali tetapi 11 kali terpaksa berdepan banjir dalam tempoh sebulan.
  • MIRI - Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Bulau dalam daerah Subis, Miri, yang ditutup sejak semalam, masih tidak dapat meneruskan persekolahan hari ini berikutan paras air belum surut.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.