ALOR SETAR - Pusat permainan kanak-kanak terbesar di Kedah, Kidzooona Aman Central dibuka secara rasmi kepada orang ramai, kelmarin.

Exco Kerajaan Tempatan, Datuk Badrol Hisham Hashim berkata, pusat permainan terbesar itu merupakan Kidzooona ke-24 dibina di seluruh negara.

“Pusat permainan ini diyakini menjadi tarikan baru untuk kanak-kanak meluangkan masa bersama keluarga mereka, sekali gus mengeratkan hubungan antara mereka.

“Dibawa khas dari Jepun, pusat permainan itu menyediakan permainan yang mampu membuka minda dan meningkatkan kemahiran kanak-kanak,” katanya ketika merasmikan Majlis Pembukaan Kidzooona Aman Sentral, di sini.

Hadir sama, Pengarah Urusan Kumpulan Belleview, Datuk Sonny Ho.

Katanya, ibu bapa boleh meluangkan masa bermain dengan anak masing-masing dengan persekitaran selesa dan selamat.

"Diharap pihak pengurusan Aman Central dapat memperbanyakkan lagi tarikan di pusat beli-belah itu untuk menarik lebih ramai pelabur dan pelancong," katanya.

Kidzooona Aman Central yang beroperasi di tingkat empat dibuka kepada orang awam membabitkan peruntukan sebanyak RM1.5 juta.

Kanak-kanak berusia dua hingga 12 tahun hanya dikenakan bayaran masuk RM15 pada hari biasa dan RM20 untuk hari minggu dan cuti umum.

Manakala, bayi berusia setahun dan ke bawah percuma. Pusat permainan itu dibuka setiap hari bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.