ALOR SETAR - Polis menahan seorang remaja lelaki  berusia 15 tahun dan bapanya  bagi membantu siasatan kes seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun maut terkena tembakan dalam kejadian di Kampung Empa, Mukim Derang, Pokok Sena pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata pihaknya turut merampas selaras senapang patah daripada mereka.

“Berdasarkan temu bual dengan saksi, kami percaya kanak-kanak perempuan itu  terkena tembakan senapang patah yang dibawa oleh remaja lelaki tersebut.

“Difahamkan senapang itu adalah milik moyang remaja lelaki berkenaan yang dibawa balik oleh bapanya yang berusia 50 tahun bagi tujuan menembak tupai,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata senapang itu mempunyai lesen yang sah dan kes disiasat menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian 11 pagi tadi, Puteri Intan Sharini Mohd Hishamuddin yang sedang menonton televisyen di rumah datuknya maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kiri mukanya akibat terkena tembakan senapang patah. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PADANG BESAR - Seorang anggota Pasukan Gerak Am (PGA) lelaki berpangkat koperal melepaskan berdas-das tembakan secara rambang ke udara di pos keselamatan sempadan di sini, petang semalam.
  • KUANTAN - Seorang anggota polis berpangkat koperal yang dipercayai mengalami tekanan perasaan melepaskan 10 tembakan ke udara di belakang Balai Polis Kuala Krau, Temerloh, semalam.
  • KOTA BHARU - Lima termasuk dua beranak dikenakan perintah tahanan reman lima hari bagi membantu siasatan kejadian melepaskan tembakan di Kampung Padang Demit, Kubang Kerian, di sini, kelmarin.
  • IPOH - Seorang pengawal keselamatan sebuah bank secara tidak sengaja melepaskan tembakan ke arah pintu utama premis berkenaan di Jalan Sultan Idris Shah, petang kelmarin.