GEORGETOWN - Pakatan Harapan (Harapan) Pulau Pinang melancarkan manifesto PRU14 yang menggariskan 11 teras utama bertemakan ‘Saya Sayang Pulau Pinang’.

11 teras yang diberi keutamaan itu termasuklah pentadbiran cekap, akauntabiliti dan telus (CAT), perumahan untuk semua, negeri keusahawanan, meningkatkan kemudahan asas dan negeri hijau.

Majlis pelancaran Manifesto PRU14 Pakatan Harapan Pulau Pinang itu disempurnakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, hari ini.

Guan Eng dalam ucapannya berkata, semua janji itu memberi aspirasi untuk menjadikan Pulau Pinang sebuah negeri keusahawanan dan berkebajikan.

“Semua janji Pakatan Harapan membolehkan Pulau Pinang mencapai visi ke arah menjadi sebuah bandar antarabangsa yang bersih, hijau, selamat dan sihat.

“Kami juga berjaya memulihkan bandar yang pernah menjadi negeri paling kotor di Malaysia menjadi salah satu negeri paling bersih di Malaysia.

“Banyak lagi tugas yang perlu kami lakukan demi manfaat anak-anak kita hasil daripada kerja keras, semangat yang berkobar-kobar dan keupayaan rakyat Pulau Pinang untuk memberi penyelesaian kepada masalah yang kita hadapi,” katanya.

-AKAN MENYUSUL-